Video TikTok Ini Menjelaskan 5 Jenis Makanan Yang Dilarang Bagi Ke Kucing );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Video TikTok Ini Menjelaskan 5 Jenis Makanan Yang Dilarang Bagi Ke Kucing

Share

Baru-baru ini penulis terjumpa sebuah video TikTok yang memberitahu mengenai lima jenis makanan yang dilarang untuk diberi kepada kucing kesayangan kita semua.

Video tersebut merupakan hasil garapan @Anas Asran dan berjaya mendapat 79.8K “like” dan 546.9K penonton dan sangat bermanfaat bagi para pemilik kucing di luar sana.

Jadi mari kita bersama membongkarkan apa lima jenis makanan yang dilarang beri kepada kucing kita.

1. Coklat

Ya seperti di artikel yang penulis pernah tulis sebelum ini, coklat amat bahaya untuk kita bagi kepada kucing.

Hal ini kerana kandungan bahan kafein yang ada dalam coklat sangat tidak sesuai dengan organ dalam kucing.

Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang merbahaya dan sampai satu tahap ia juga boleh membunuh kucing anda.

Muncul Kue, Kue Kering, Kue, Manis

Jadi anda perlu lebih berhati-hati ketika memakan atau meletakkan coklat anda di tempat yang berjauhan untuk kucing anda capai.

Pesan juga kepada adik-beradik dan ibu bapa agar mereka tidak tersilap bagi atau terlalai.

2. Gula-Gula

Gula-gula memang manis dan sedap untuk kita makan, tapi tahukah anda semua bahawa gula-gula sangat bahaya untuk kucing makan.

Kandungan bahan dalam manisan tersebut seperti Xylitol mampu menyebabkan peningkatan insulin dalam badan kucing anda.

Karamel, Permen, Manisan, Manis, Makanan

Akibat peningkatan insulin dalam badan, darah dalam sistem saluran badan kucing akan gugur dan boleh mengakibatkan kegagalan hati.

Antara tanda-tandanya ialah kucing anda akan muntah, lesu dan hilang pertimbangan.

Nasihatkan adik-adik anda yang masih kecil kerana dikhuatiri mereka akan terbagi kucing makan manisan.

3. Bawang

Segala jenis bawang sangat bahaya dan memudaratkan untuk kucing anda makan. Tidak kiralah masih mentah, sudah bergoreng atau bersalut tepung sekalipun.

Bawang boleh menyebabkan sel-sel darah merah kucing pecah dan membawa kepada anemia.

Makanan, Bawang, Bawang Putih

Malah lebih parah ia juga boleh menyebabkan gangguan gastrousus dalam tubuh badan kucing anda.

4. Avocado

Buah avocado terkenal kerana mengandungi lemak yang tinggi dan ia sangat baik untuk tubuh badan manusia.

Tetapi tahukah anda bahawa kandungan lemak yang tinggi sangat bahaya kuicng kerana boleh menyebabkan kucing anda sakit perut, muntah dan akhirnya sakit buah pinggang.

Alpukat, Sayur, Makanan, Sehat

5. Susu

Yang terakhir penulis pun terkejut sebab segala produk tenusu rupanya bahaya untuk tubuh badan mereka.

Kandungan laktosa yang ada dalam susu yang sering minum boleh menyebabkan sistem penghadaman kucing terganggu dan akan menyebabkan kucing anda sakit perut dan cirit birit.

Susu, Kaca, Segar, Sehat, Minum, Makanan

Kalau nak beri mereka susu, boleh beli dan cari susu formula khas atau susu kambing kerana ianya bebas laktosa dan selamat bagi kucing anda.

Nak lagi sahih dan selamat boleh beli di mana-mana kedia haiwan yang berdekatan atau di klinik veterinar.

Jadi itulah lima jenis makanan yang dilarang beri kepada kucing anda menurut video tersebut.

Apa-apa pun sebagai pemilik kucing kita semua mestilah berhati-hati ketika bagi mereka makan sebab sistem pencernaan mereka tak sama dengan kita.

[Sumber: Meowmeow-Ayla]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!