Berapa Lama Korang Boleh Tinggalkan Kucing Keseorangan? );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Berapa Lama Korang Boleh Tinggalkan Kucing Keseorangan?

Farhana Syahirah
Share

Kucing memang terkenal dengan sifat suka berdikari, tetapi sejauh mana si bulus boleh tinggal berseorangan? Walaupun korang dah ajar si bulus membuang ke dalam ‘litter box’ tanpa perlu risau najis berselerak, mereka masih memerlukan korang untuk dapatkan perhatian.

Boleh ke tinggalkan lama-lama di rumah tanpa kawan? Selamat ke korang tinggalkan ketika hujung minggu atau percutian korang yang panjang?

Jawapan untuk soalan ini masih lagi tiada penjelasan. Terdapat banyak faktor yang boleh ditangani dan korang boleh mempertimbangkan keadaan si bulus sebelum korang pack barang korang.

1. Umur dan Kesihatan Si bulus

Anak kucing sememangnya dalam proses untuk membesar, dan sememangnya tidak boleh ditinggalkan bersendirian di rumah.

Peraturan asas yang diterima umum adalah bahawa anak kucing berusia empat bulan dan ke bawah tak boleh dibiarkan bersendirian melebihi empat jam dalam satu masa.

Bila si bulus sudah mencapai usia matang iaitu satu tahun, boleh dibiarkan bersendirian jika mereka dalam keadaan sihat.

Manakala bagi si bulus korang yang kesihatan memerlukan penjagaan yang rapi memang tidak boleh dibiarkan berseoranang dalam jangka masa yang panjang walaupun sudah mencapai umur yang matang.

 

2. Makanan

Salah satu perkara yang membimbangkan semua pemilik ialah jika mereka tinggalkan si bulus keseorangan tanpa ada makanan yang mencukupi.

Jika kucing krang hanya makan makanan basah, korang tidak boleh tinggalkan makanan lebih dari dua hari tanpa fikirkan risiko kebersihan.

Korang juga harus fikir panjang sekiranya kucing korang pelahap dan boleh habiskan semua makanan dalam bekas pada satu-satu masa.

Mungkin korang harus melabur sedikit untuk membeli bekas makanan automatik jika terpaksa tinggalkan si bulus berseorangan ketika pergi bekerja.

 

3. Air

Sama seperti makanan, si bulus juga terdedah dengan dehidrasi jika tidak mendapat air yang cukup dan boleh membahayakan kesihatan mereka.

Risiko juga tinggi jika kucing suka bermain dengan air dan membuatkan ia menjadi kotor dan kucing tak nak minum.

Seperti makanan, korang juga harus melabur sedikit membeli air pancut automatik agar bekas air si bulus sentiasa bersih.

 

4. Litter Box

Kalau si bulus korang sudah pandai membuang di dalam litter box, sangat bagus sebab korang tak perlu risaunya lagi.

Tetapi, risiko mendedahkan kucing kepada bakteria juga tinggi jika litter box tersebut terlalu kotor dan korang bersihkan secara manual.

Rancang kebersihan si bulus korang agar mereka sentiasa bersih dan selesa jika ingin tinggalkan mereka seorang di rumah.

Sekiranya korang mempunyai kucing dewasa yang sihat dan telah mempertimbangkan semua faktor di atas, secara amnya selamat untuk meninggalkan kucing sendirian selama 24-48 jam pada satu masa.

Lebih lama daripada itu, dan korang berisiko untuk menyebabkan si bulus kesunyian, kehabisan makanan atau air, atau stress sebab litter box dah kotor.

Bila korang keluar untuk jangka masa yang lebih lama, lebih baik sewa seorang penjaga haiwan peliharaan atau sekurang-kurangnya minta tolong keluarga korang untuk jagakan jika mereka tidak alah dan suka pada kucing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!