Kucing Anda Terlalu Gemuk? 5 Tip Ini Elak Si Bulus Kegemukan

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Anda Terlalu Gemuk? 5 Tip Ini Elak Si Bulus Kegemukan

Share
gemuk

Sebanyak 59.5% kucing yang dibela mempunyai masalah kegemukan atau berat badan berlebihan menurut kajian dari Association for Pet Obesity Prevention. Jika kajian ini dikecilkan lagi kepada kucing indoor, veterinar juga meramalkan jumlah peratusan yang lebih membimbangkan. 

Kucing indoor kebanyakannya lebih sihat kerana menjalani gaya hidup yang selesa tanpa keluar dari rumah. Malah berkata demikian, kebanyakan kucing indoor untuk kurang melakukan senaman daripada kucing luar, mereka cenderung tidur dengan lena daripada bergerak jauh.

Diet yang mengandungi nutrisi tidak seimbang digabungkan dengan senaman yang sikit menyebabkan kucing indoor lebih cenderung ke arah kegemukan. 

Kebanyakan kucing yang obesiti disebabkan sikap pemiliknya yang sukakan si bulus gemuk sebab nampak lebih comel. Sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, kita haruslah membantu si bulus kesayangan mengawal berat badan yang sihat. 

Jangan risau, menjaga kucing indoor dengan berat badan yang ideal tidak mustahil. Jom kita lihat tip-tip ini untuk elak si bulus anda dari kegemukan.

1. Jangan Sentiasa Penuhkan Bekas Makanan

Penuhkan bekas makanan kucing anda sepanjang hari dan membiarkan si bulus makan bila-bila masa adalah kaedah yang lebih mudah bagi keluarga yang mempunyai jadual yang sibuk. Namun, kaedah ini tidak dapat mengawal berat badan kucing anda di dalam rumah.   

Anda tidak boleh mengharapkan kucing mengatur sendiri jumlah makanannya. Sama seperti manusia, jika makanan tersedia, ada kemungkinan mereka akan makan lebih banyak daripada ukuran hidangan yang disyorkan.

Tip yang lebih baik adalah anda sendiri yang tetapkan waktu makan. Akhirnya si bulus akan mengetahui had masa, dan anda dapat mengawal diet mereka dengan lebih baik.

2. Jadikan Hidup Kucing Lebih Menarik

Sama seperti manusia, kucing juga cenderung untuk makan lebih banyak ketika mereka bosan dan stress. 

Anda boleh mengelakkan masalah ini dengan menjadikan hidup si bulus lebih menarik. Tambahkan perkara seperti pokok kucing atau mungkin juga taman mini yang buat si bulus mesra dengan persekitarannya.

Pastikan mereka mempunyai pelbagai mainan, tempat mencakar dan port lepak di tepi tingkap di mana mereka dapat menyaksikan burung dan tupai.

3. Jangan Lupa Untuk Ajak Bermain!

Walaupun anda sedang memikirkan cara untuk menjadikan kehidupan kucing anda lebih menarik, jangan lupa masa bermain.

Bermain dengan kucing anda sekurang-kurangnya 15 minit sehari dapat meningkatkan mood dan bonding si bulus. Bermain juga merupakan latihan yang baik untuk kucing di dalam rumah.

Kucing yang berbeza mempunyai gaya permainan yang berbeza, jadi cubalah permainan yang berlainan untuk mencari apa yang anda dan kucing anda gemari

Yang penting ialah kucing anda aktif dan terlibat. Mereka akan membakar kalori sambil bermain, dan akhirnya berat badan juga boleh diturunkan.

4. Pastikan Si Bulus Sentiasa Minum Air

Minum air boleh membuat kucing berasa kenyang. Jika kucing anda minum air yang secukupnya, si bulus mungkin akan lupa yang mereka mula-mula  tadi merasa lapar.

Pastikan kucing anda mempunyai akses mudah ke air bersih dan segar. Sekiranya anda mempunyai rumah yang lebih besar, sediakan beberapa bekas air di tempat rehat  si bulus supaya tidak perlu pergi jauh untuk minum.

Anda juga boleh mencuba air pancut untuk menjadikan minum air lebih menarik bagi kucing anda yang jenis degil.

5. Check Balik Kualiti Makanan Kucing Anda

Jenama makanan kucing yang berbeza menggunakan ramuan yang berbeza, dan formula yang mengandungi nutrisi seimbang dan berkualiti tinggi dapat membantu si bulus anda lebih sihat.

Apa kata anda guna makanan berjenama untuk dapatkan semua nutrien yang diperlukan oleh si bulus. Ia sesuai untuk kucing indoor dan bantu mereka untuk kekal sihat dengan berat yang ideal.

infografik
Cadangan Hidangan Yang Disyorkan oleh Equilibrio bagi Si Bulus yang sudah dewasa.
Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!