Tips Menghadapi Banjir Bersama Haiwan Peliharaan, Pemilik Harus Tahu Supaya Tidak Menyesal Di Kemudian Hari! );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Tips Menghadapi Banjir Bersama Haiwan Peliharaan, Pemilik Harus Tahu Supaya Tidak Menyesal Di Kemudian Hari!

Share
haiwan peliharaan banjir

Banjir yang melanda baru-baru ini menjejaskan banyak keluarga yang terpaksa menanggung kerugian kehancuran harta benda dan ada juga yang meratapi pemergian ahli keluarga. haiwan peliharaan

Tidak dilupakan, ramai juga yang kehilangan haiwan kesayangan mereka yang tidak sempat diselamatkan akibat musibah yang berlaku dalam tempoh sekelip mata.


Baca Juga: Haiwan Peliharaan Juga Jadi Mangsa, Ini Apa yang Pemilik Perlu Lakukan Jika Berhadapan Dengan Bencana Banjir


Bagi mereka yang pertama kali ditimpa musibah ini, mungkin akan menjadi panik dan tidak tahu apa yang harus dibuat dengan haiwan peliharaan mereka.

Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia, Dr Dylan Choy, yang juga merupakan seorang doktor haiwan bertauliah, berkongsi perkara-perkara penting yang harus dilakukan oleh pemilik haiwan ketika menghadapi bencana banjir.

Dr. Dylan Choy

Ketika banjir melanda

1. Jika anda terpaksa mengosongkan rumah, ada kemungkinan anda perlu meninggalkan haiwan kesayangan anda.

  • Jika ini berlaku, letakkan ia pada aras yang lebih tinggi yang berkemungkinan kekal kering, dengan makanan yang banyak, air dan pasir untuknya membuang najis.
  • Letakkan notis pada pintu atau tingkap supaya pasukan penyelamat tahu bahawa terdapat haiwan peliharaan di dalam rumah anda.
  • Maklumkan kepada seberapa banyak orang bahawa anda akan meninggalkan haiwan peliharaan anda di dalam rumah. Mereka mungkin boleh menyelamatkannya jika berkesempatan berbuat demikian.
  • Jangan tinggalkan haiwan kesayangan anda di dalam sangkar kerana ia boleh memerangkap mereka, menyebabkan mereka tidak dapat menyelamatkan diri.

2. Jika anda ingin melihat kawasan persekitaran yang dinaiki air untuk melihat apa yang berlaku, tinggalkan haiwan anda di rumah.

3. Elakkan haiwan peliharaan anda daripada minum air banjir kerana ia berkemungkinan besar sudah tercemar dan menyebabkan mereka berisiko tinggi untuk mendapat penyakit.

4. Jangan anggap haiwan peliharaan anda, terutamanya anjing, boleh berenang. Letakkannya di tempat yang lebih selamat jika perlu.

5. Jika ada haiwan kesayangan anda terperangkap dalam banjir, jangan bahayakan diri anda meredah air untuk menyelamatkannya. Serahkan kepada pasukan keselamatan untuk menyelamatkannya.

Foto: Royal Canin Malaysia

Selepas banjir surut

1. Bagi pemilik anjing, dinasihatkan untuk tidak membawa anjing anda berjalan sehingga kawasan itu selamat kembali.

2. Adalah penting untuk anda membawa haiwan peliharaan berjumpa veterinar untuk pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Mereka mungkin mengalami kecederaan luaran dan dalaman semasa kecemasan tanpa disedari oleh sesiapa. Ini juga amat penting kerana kucing secara semula jadi suka berahsia dan pandai menyembunyikan kesakitannya.

3. Sama seperti manusia, haiwan juga boleh mengalami trauma dan tertekan apabila perubahan mendadak berlaku. Pantau tingkah laku mereka dengan teliti. Jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena, bawa mereka berjumpa doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat.

Royal Canin Malaysia menggalakkan pemilik menghantar haiwan peliharaan mereka yang terjejas akibat banjir untuk membuat pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sebagai alternatif, anda boleh menghantar haiwan kesayangan anda ke klinik bergerak antaranya yang diwujudkan oleh Persatuan Veterinar Haiwan Kecil Malaysia (MSAVA), Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menawarkan perkhidmatan secara percuma. g

Foto: Royal Canin Malaysia

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!