Tabiat Head Pressing Kucing Disebabkan Sakit Kepala );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Tabiat “Head Pressing” Kucing Disebabkan Sakit Kepala

Share
feline parvovirus kucing

Sering kali kita melihat di media sosial kucing ataupun anjing melakukan aksi “head pressing” iaitu mereka menekan kepala mereka di dinding. Tabiat ini pertama kali dilihat memang agak comel dan lawak tetapi pemilik kucing perlu sedar bahawa mereka melakukan perkara tersebut kerana mereka sedang mengalami masalah sakit kepala yang sangat teruk.

Menurut Husky Paws di laman facebooknya, ia menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah berpunca daripada keracunan toksik, penyakit otak depan, tumor di dalam kepala, kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan dan sebagainya.

(Kredit: Husky Paws)

Cara merawat masalah ini adalah dengan mendapatkan rawatan dengan kadar segera di klinik veterinar. Doktor akan menjalankan pemeriksaan di bahagian retina dan bahagian yang berdekatan dengan mata untuk mencari punca berlakunya penyakit ini.

Kucing anda juga akan diambil tekanan darah dan ujian air kencing untuk memudahkan proses rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan masalah yang sesuai dengan kondisi kucing anda. Mungkin ada yang terpaksa tinggal di hospital bagi rawatan susulan dan pemeriksaan yang rapi.

Apa-apa pun anda sebagai pemilik kucing perlu lebih peka terhadap mereka. Pastikan tabiat pelik yang mereka lakukan anda segera bertanya kepada pakar dan sekirannya ia merbahaya segera dapatkan rawatan.

Sumber: Face4Pet, Siakap Keli

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!