Korat, Kucing Berasal Daripada Thailand Berwajah 'Love' - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Baka Shorthair

Korat, Kucing Berasal Daripada Thailand Berwajah ‘Love’

Share

Korat adalah baka kuicng jenis domestik shorthair berwarna kelabu (blue-grey) yang bersaiz sederhana. Tetapi, berat Korat agak berat berbanding dengan rupa fizikal mereka.

Baka ini cerdas, suka bermain, aktif dan membentuk ikatan hubungan yang kuat dengan manusia. Antara ciri-ciri Korat yang menonjol adalah kepala mereka berbentuk hati dengan mata yang besar. Korat merupakan salah satu daripada beberapa keturunan yang hanya mempunyai satu warna.

Korat adalah salah satu warisan baka kucing tertua yang stabil. Berasal daripada Thailand, ia dinamakan sempena nama wilayah di Thailand, iaitu Nakhon Ratchasima (biasanya disebut Korat oleh orang-orang Thailand).

Di Thailand, kucing ini dikenali sebagai Si-Sawat, yang bermaksud “warna benih sawat”. Korat dikenali dalam bahasa harian sebagai ‘good luck cat‘ dan diberikan kepada pasangan pengantin baru atau orang-orang yang sangat terhormat untuk tuah.

Namun, kucing baka Korat kini sukar dilihat di Thailand setelah berlaku proses kacukan (cross breed). Korat yang ada sekarang adalah usaha daripada beberapa pembiak, sebahagian besar berada di luar Thailand.

Korat kali pertama muncul di Amerika Syarikat pada tahun 1959 selepas kerajaan Thailand menghadiahkan sepasang kucing baka Korat bernama Nara dan Darra kepada seorang pembiak, Jean Johnson. Jean mengkacukkan baka Korat dengan baka Siam untuk meningkatkan lagi ‘gene pool‘.

Baka Korat telah diiktiraf oleh The International Cat Association (TICA) dan the American Cat Fanciers Association (AFCA).

Ciri-ciri

Kepala:

  • Dikatakan mempunyai muka yang berbentuk seperti ‘love
  • Mempunyai dahi lebar dan rata
  • Telinga bersaiz sederhana, tinggi dan kembang di pangkalnya
  • Matanya terbuka luas dan sangat besar

Bulu:

  • Mempunyai bulu yang pendek dan licin
  • Bulu berwarna silver-blue yang sekata pada seluruh badan

Badan:

  • Mempunyai badan bersaiz sederhana tetapi tegap
  • Ekornya sedrhana panjang dengan hujung yang bulat
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!