Kucing ‘A Street Cat Named Bob’ Mati Pada Usia 14 Tahun - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing ‘A Street Cat Named Bob’ Mati Pada Usia 14 Tahun

Share

Siapa yang tidak kenal kucing yang terkenal ini? Kucing ini pernah menjadi viral suatu ketika dahulu kerana kesetiaannya dan juga telah menyelamatkan nyawa tuannya, James Bowen, yang merupakan bekas penagih.

Bob The Cat dikatakan mati pada 15 Jun di usia 14 tahun. Perkara ini telah disahkan oleh Publisher Hodder & Stoughton dimana mereka menyatakan bahawa Bob telah mati pada hari sebelumnya.

Ia telah dinyatakan di dalam satu kenyataan bahawa dia “adalah kucing yang luar biasa yang akan sangat dirindukan.”

Source: Google

Bob dikatakan telah ‘membangkitkan’ kehidupan tuannya dari kehidupan jalanan di London sehingga akhirnya ke tayangan perdana red carpet.

James Bowen yang ketika itu seorang pemuzik telah menjumpai kucing tersebut ditinggalkan dan cedera pada tahun 2007 sebelum mengambilnya.

Kucing tersebut terus menjadi peneman serta ‘ahli keluarga’ Bowen sambil menemani tuannya busking dan menjual The Big Issue, sebuah majalah yang menjana pendapatan bagi para gelandangan di sekitar ibu kota Britain.

Oleh kerana keakraban yang ditunjukkan, akhirnya mereka telah menarik perhatian seorang wartawan surat khabar tempatan.

Source: Google

Dari situ kisah mereka diceritakan yang mana telah menyebabkan Bowen mendapat perjanjian dalam membuat buku bertajuk “A Street Cat Named Bob”. Diterbitkan pada tahun 2012 dan menjadi laris di seluruh Britain.

Buku tersebut diikuti dengan “The World According to Bob,” “A Gift from Bob” dan “The Little Book of Bob.” Bersama-sama keempat buku itu terjual lebih dari 8 juta naskhah dalam 40 bahasa, kata penerbit itu.

Kisah mereka juga telah diceritakan di dalam filem “A Street Cat Named Bob” yang mana mempunyai nama yang sama seperti buku tersebut, dibintangi oleh Luke Treadway sebagai Bowen dan Bob dirinya sendiri. Sekual, “A Gift From Bob,” akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.

Source: Google

Bowen mengatakan dalam satu kenyataan bahawa “Bob menyelamatkan nyawa saya. Semudah itu.”

“Dia memberi saya lebih banyak daripada persahabatan,” kata Bowen. “Dengan dia berada dengan saya, saya menemui arah dan tujuan yang saya hilang. Kejayaan yang kami capai bersama melalui buku dan filem kami sungguh menakjubkan. Dia bertemu dengan ribuan orang, menyentuh berjuta-juta nyawa. Tidak pernah ada kucing seperti dia. Dan tidak akan lagi.”

“Saya rasa seperti cahaya telah padam dalam hidup saya. Saya tidak akan melupakannya.”

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!