Kucing Ajar Kita Erti Keseimbangan Hidup - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Ajar Kita Erti Keseimbangan Hidup

Share

Kehidupan sentiasa berubah, kadang kala di atas dan sebaliknya. Kebanyakan dari kita berusaha untuk mencapai keseimbangan antara masa dalam kehidupan seharian kita, namun tidak ramai yang benar-benar mampu melakukannya.

Sebenarnya, dengan memerhatikan kucing, kita boleh mempelajari sesuatu yang amat berguna mengenai keseimbangan dalam kehidupan.

Belajar Berkata Tidak

Dalam hidup ini anda tidak perlu berkata “ya” kepada setiap perkara. Itulah yang dilakukan oleh kucing. Kadang kala, kucing akan membernarkan anda untuk membelainya dan kadang kala ia mahu masa bersendirian dan tidak mahu diganggu. Jika permintaan seseorang tidak menjadi keutamaan, anda tidak perlu rasa bersalah untuk menolak dan berkata “tidak”.

Jangan Buat Serentak

Walaupun ‘multi-tasking‘ digunakan sebagai cara untuk melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa, ianya akan mengganggu konsentrasi anda. Kucing sememangnya tahu akan perkara ini. Kucing akan fokus terhadap apa yang diinginkan sehingga ia berjaya memperolehinya. Ini adalah lebih baik daripada merasa terburu-buru dan gemuruh sepanjang masa kerana anda mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan dalam satu masa.

Ubah Pemandangan

Kucing sedar bahawa semakin luas pemandangan, semakin luas perspektif baru. Selain itu, ia turut mampu meningkatkan keseimbangan diri, kreativiti dan juga pemikiran. Pergi berjalan kaki, gerakkan badan anda, jenguk ke luar tingkap atau singgah di kafe untuk menghirup secawan kopi. Ia akan membantu menyegarkan perspektif anda.

Rehat Secukupnya

Tidur adalah sangat penting! Jika anda tidak mendapatkan rehat yang secukupnya, anda akan merasa penat dan tidak dapat ‘berfungsi’ dengan baik sepanjang hari. Kucing adalah makhluk yang amat mementingkan tidur. Mereka akan tidur secukupnya sepanjang hari supaya mempunyai tenaga untuk aktif melakukan aktiviti seharian.

Nikmati Perkara Kecil

Ada beberapa saat dalam hidup yang anda harus nikmati tanpa terburu-buru tanpa mengira kesibukan anda. Pernahkah anda perasan bahawa apabila anda membaca buku atau di hadapan komputer, kucing anda akan datang dan duduk di antara anda dan objek di hadapan buku/komputer anda?

Kucing anda tahu anda akan mengalihkan perhatian walau sekejap pun kepadanya. Jadi, ia tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan perhatian yang sekejap itu daripada anda.

Begitulah di dalam kehidupan ini, kadang kala anda harus ‘pause’ seketika apa yang anda lakukan dan ambil sedikit masa bagi melegakan tekanan dan menambah keseronokan dalam kehidupan seharian anda.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!