Kucing Anda Agresif? Ketahui Punca Kucing Mengganas - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Anda Agresif? Ketahui Punca Kucing Mengganas

Avatar
Share

Kucing tidak mungkin bertindak agresif tanpa sebarang sebab. Kucing kebiasaannya bertindak agresif untuk mempertahankan dirinya sendiri daripda apa yang dianggapnya sebagai ancaman.

Berdepan dengan kucing yang agresif boleh jadi bahaya terutama jika seseorang itu tidak tahu bagaimana cara betul untuk mengendalikannya dan punca kucing berkenaan bersikap sedemikian.

Berikut adalah 7 sebab mengapa kucing bersikap agresif.

Kesakitan

Kucing yang berada dalam kesakitan akan cenderung untuk mendesir atau mencakar apabila anda menyentuhnya, terutamanya jika anda menyentuh bahagian yang membuatkan ia sakit.

Ketakutan

Kucing yang sedang berada dalam ketakutan mempunyai gaya badan yang jelas menunjukkan ia sedang takut.

Ia akan memusingkan badannya dan mengembangkan ekornya supaya kelihatan besar. Telinganya pula akan leper ke belakang, biji matanya akan mengembang dan ia akan mendesir.

Jika kucing berada dalam keadaan ini, biarkan ia menenangkan diri seketika dan jangan menghampirinya kerana ia akan menyerang anda.

Hormon

Kucing yang tidak dimandulkan lebih cenderung untuk bersikap agresif. Kucing jantan terutamanya secara semula jadi akan bergaduh dengan kucing jantan lain apabila terdapat kucing betina yang sedang ingin mengawan.

Jika anda terlihat dua ekor kucing sedang bergaduh, jangan campur tangan dengan melulu kerana anda mungkin akan menjadi sasaran.

Kekecewaan

Kucing cenderung untuk bersikap agresif jika naluri pemangsanya tidak dapat dipenuhi.

Sebagai contoh, seekor kucing indoor yang melihat kucing jalanan berjalan-jalan atau menandakan kawasan di luar rumah mungkin akan bertindak agresif kerana terdapat kucing lain yang ingin mengambil kawasannya.

Ketika itu, sesiapa yang berada berdekatan dengannya, tidak kira manusia atau haiwan lain, mungkin akan menjadi mangsa.

Stres

Jika kucing tinggal di dalam suasana yang menyebabkannya tertekan – contohnya rumah yang sentiasa bising atau terlalu banyak kucing – adalah mungkin untuk kucing tersebut bertindak agresif.

Sikap kucing kebiasaannya akan mengikut dinamik tempat tinggal mereka, jika penghuni rumah kerap bergaduh dan meninggikan suara, kucing mungkin akan menjadi agresif.

Trauma

Kucing boleh menderita akibat ganguan PTSD. Kejadian atau insiden masa lalu yang menyebabkannya menderita mungkin akan mendorongnya untuk bertindak agresif.

Kucing yang pernah tinggal di jalanan khususnya mudah mengalami gejala ini kerana mereka cenderung untuk dikasari atau dikhianati.

Ketidakseimbangan Biokimia

Ini adalah perkara yang menyebabkan kucing bertindak agresif yang sangat jarang terjadi.

Namun, seperti manusia, sesetangah kucing juga mempunyai ketidakseimbangan biokimia yang memberi kesan terhadap tingkah lakunya.

Untuk kucing-kucing yang menghadapi masalah ini, ubat-ubatan antidepressant atau anti-anxiety dapat membantu mereka.

[Sumber: Catster]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!