Kucing Anda 'Liat' Nak Masuk Carrier? Ini Tips Untuk Anda - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Anda ‘Liat’ Nak Masuk Carrier? Ini Tips Untuk Anda

Share

Pemilik kucing pasti tahu bahawa antara salah satu cabaran untuk membawa si bulus berjumpa vet adalah memasukkannya ke dalam bekas pengangkutnya ataupun carrier.

Terdapat banyak sebab kenapa si bulus tidak gemar untuk berada di dalam carrier dan dengan memaksa si bulus masuk ke dalam carrier hanya akan menambah traumanya dengan carrier.

Anda harus bersabar dan cuba kenalpasti punca kucing anda takut ataupun tidak sukakan carrier.

Ini ada beberapa tips untuk anda yang mengalami kesukaran ini:

1. Mulakan ketika usia kecil. Anda seharusnya biasakan si bulus dengan carrier sewaktu ia masih kecil lagi supaya ia familiar dengan carrier. Jadikan habit untuk mendekatkan kucing anda dengan carrier seperti meletakkan bekas makanan berdekatan carrier atau meletakkan treats di dalamnya.

2. Jangan hanya keluarkan carrier untuk berjumpa vet. Ini adalah perkara yang pemilik-pemilik kucing selalu lakukan. Jika anda hanya menggunakan carrier untuk membawanya berjumpa vet, sudah pasti si bulus akan mengaitkan carrier dengan vet. Cuba biarkan carrier terbuka di kawasan rumah anda dan biarkan si bulus menerokanya. Jadikan carrier sebagai tempat selesa dengan meletakkan kain untuk si bulus menghangatkan diri atau tidur di dalamnya.

3. Beli carrier yang betul. Kucing harus berasa selamat di dalam carrier dan carrier yang membataskan penglihatan si bulus kepada dunia luar adalah lebih bagus berbanding yang terbuka kerana ini boleh membuatkan mereka berasa terdedah kepada bahaya. Selain itu, pilih carrier yang mempunyai pintu keluar di atas dan tepi, dan yang boleh di ceraikan.

4. Jika kucing lebih dari satu, jangan campurkan dalam satu carrier. Kadang-kala, berjumpa dengan vet boleh menjadi pengalaman yang tidak baik buat si bulus. Jika anda mencampurkan kucing-kucing di dalam satu carrier, bimbang boleh menyebabkan pergaduhan antara kucing-kucing anda.

5. Anda juga boleh gunakan ubat anti anxiety jika kucing anda bertindak ganas tetapi harus dapatkan nasihat vet anda terlebih dahulu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!