Kucing Anda Menjulurkan Lidah Tanpa Sebab? Ketahui Rahsianya - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Anda Menjulurkan Lidah Tanpa Sebab? Ketahui Rahsianya

Share

Banyak perkara yang kucing lakukan menjadi misteri atau tanda tanya kepada pemiliknya.

Kadang-kadang, kita tidak faham mengapa kucing melakukan sesuatu perkara dan menganggap bahawa kucing sengaja melakukan sedemikian.

Tetapi segala tingkah laku kucing sebenarnya mempunyai maksud tersendiri dan mungkin caranya berkomunikasi, sifat semula jadinya atau disebabkan reaksi terhadap sesuatu perkara.

Salah satu perkara yang mungkin kita tidak faham adalah mengapa kucing menjulurkan lidahnya secara tiba-tiba.

Sebenarnya terdapat penjelasan mengapa kucing melakukan sedemikian.

Perbuatan menjulurkan lidah sebenarnya adalah sebahagian tingkah laku haiwan yang dipanggil ‘Flehmen Response‘.

Flehmen Response‘ ini berlaku apabila kucing mempunyai sifat ingin tahu terhadap sesuatu perkara.

Ini adalah salah satu cara kucing menganalisis sesuatu aroma atau bau yang baru atau asing dan yang menarik baginya.

Flehmen Response‘ membuatkan bau masuk dan terkumpul di dalam mulut, dan menuju ke organ vemeronasal.

Organ vemonasal ini adalah kawasan terletaknya sel-sel deria bau pada mamalia, amfibia dan reptilia. Ia berada di bahagian lelangit.

Flehmen Response‘ ini kebiasaannya berlaku apabila kucing menghidu sesuatu yang menarik baginya, bahkan bau daripada manusia atau pakaian juga mampu membuatkan kucing mengalami ‘Flehmen Response‘.

Ketika menghidu sesuatu bau, kucing akan menarik lidah ke bahagian atas.

Kucing menggunakan mulutnya untuk menghirup udara dan menariknya ke bahagian organ vemeronasal.

Selain daripada ‘Flehmen Response‘, kucing juga menjulurkan lidah disebabkan oleh perkara-perkara lain.

Sebagai contoh, kucing yang memiliki wajah yang leper dengan ruang mulut yang tidak begitu luas mungkin akan menjulurkan lidahnya, begitu juga dengan kucing yang kehilangan gigi.

Ini boleh terjadi ketika ia sedang tidur ataupun sedang berehat.

Namun, perhatikan jika kucing anda menjulurkan lidahnya dalam tempoh yang terlalu lama.

Jika ia menjulurkan lidahnya terlalu lama, ia mungkin disebabkan terdapat sesuatu yang tersangkut di lidah atau giginya.

Kucing tua juga mungkin mengalami masalah kesihatan tertentu yang membuatkannya sering menjulurkan lidah.

Jika kucing anda menjulurkan lidah terlalu lama, seeloknya anda bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan untuk diperiksa.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!