Kucing Anda Stress? Ini Simptom & Cara Penyelesaiannya Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Anda Stress? Ini Simptom & Cara Penyelesaiannya

Share

Ramai yang memilih kucing sebagai haiwan peliharaan bagi menghilangkan tekanan, namun tahukah anda, sebaliknya kucing lebih terdedah kepada kemurungan dan tekanan berbanding manusia.

Haiwan peliharaan seperti kucing akan jatuh sakit hingga boleh mengundang maut jika mengalami tekanan yang berterusan tanpa ada penyelesaian daripada pemilik kucing.

Ketika musim Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) ini, mungkin ada daripada anda yang melihat sikap kucing mereka sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Seperti yang kita tahu, kucing adalah haiwan yang sangat mementingkan ruang peribadi (territorial) dan privasi. Mungkin sebelum ini mereka dapat menikmati masa bersendirian mereka ketika anda tiada di rumah dan pergi bekerja dan ketika PKP situasi itu sedikit berbeza dan ruang privasi mereka sedikit terganggu.

Perkara ini sebenarnya sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada tahap stress kucing anda.

Penyebab

Gejala kucing stres ini akan kelihatan apabila si bulus anda sering mundar-mandir tanpa arah tuju, sering bersembunyi dari pemiliknya, kemurungan berterusan serta secara tiba-tiba hilang selera makan.

Ekspresi stres bagi kucing jantan pula kelihatan apabila sering melakukan spraying atau pancutan air kencing tanpa kawalan, selain kebosanan akibat tiada pasangan untuk mengawan turut menyumbang kepada tekanan.

Oleh itu, pemilik kucing disarankan untuk memandulkan kucing mereka bagi mengurangkan mengalamai tekanan, berbanding yang tidak dimandulkan.

Sebagai pemilik, kita cuba melakukan yang terbaik untuk memberikan hidup yang selesa, tetapi kita tidak mampu memenuhi keperluan mereka secara menyeluruh lalu mengakibatkan sesetengah kucing yang stress kerap menjilat bulu mereka secara keterlaluan sehingga terdapat kesan tompok botak dan ruam pada badannya yang dipanggil sebagai ‘Psychogenic Alopecia’.

Aktiviti Menangani Stress

Bola kucing adalah salah satu mainan yang dapat membantu kucing menenangkan fikirannya buat seketika. Bola kucing ini mampu membuatkan kucing anda yang stres agar bergerak dan aktif.

Biarkan kucing anda memilih waktu dan ruang yang selesa buatnya untuk bermain kerana setiap makhluk di muka bumi ini kadangkala memerlukan waktu bersendirian untuk meluahkan segala perasan mereka, termasuk meow kesayangan anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!