Kucing Anda Tak Mahu Makan? Cuba Langkah Ini Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Anda Tak Mahu Makan? Cuba Langkah Ini

Share

Pernah tak tiba-tiba kucing anda tiba-tiba tidak mahu makan makanan yang anda berikan? Padahal sebelum ini bukan main berselera lagi sampai licin bekas dijilatnya.

Tanpa anda sedari, perkara yang anda anggap kecil sekalipun mampu membuat si bulus tidak berselera. Ketahui apa yang perlu anda lakukan jika kucing anda tidak mahu makan.

Pastikan sakit bukan punca si bulus anda tidak mahu makan
Jika kucing anda tidak mahu makan, ada kemungkinan disebabkan ia sakit, terutamanya jika berterusan.

Jika kucing anda skip makan lebih daripada sekali, bawanya berjumpa vet.

Cuba perisa baru
Jika anda tidak boleh menukar jenama makanan si bulus atas sebab kesihatan yang disarankan oleh vet, cuba lihat sama ada jenama tersebut menawarkan perisa yang lain.

Mungkin kucing anda tidak gemar perisa yang sekarang.

Panaskan makanan si bulus
Jika anda simpan makanan si bulus di dalam peti sejuk, cuba panaskan selama 5-10 saat di dalam microwave.

Jika tiada microwave, anda boleh cuba mencampurkan sedikit air panas bersama makanannya.

Apabila panas, ia akan mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian si bulus

Campurkan ‘pelaris’ dalam makanan si bulus
Cuba campurkan makanan tambahan atau treats kegemarannya di dalam makanan.

Si manja anda mungkin akan tertarik dengan bau dan rasanya.

Pastikan bekas makanannya bersih
Pastikan anda cuci bekas makanan si bulus setelah ia habis makan terutamanya jika ia makan makanan basah.

Bekas makanan yang kotor dengan sisa makanan akan menyebabkan kuman tumbuh dan berbau busuk.

Jika anda menggunakan bekas plastik, cuba tukar kepada bekas besi atau kaca yang lebih mudah dibersihkan.

Tukar bekas makanan
Mungkin kucing anda tidak suka bentuk bekas makanannya yang sekarang. Sesetengah kucing tidak suka bekas makanan yang kecil atau dalam kerana mengganggu misainya.

Kucing yang bermuka leper seperti Persian, Himalaya dan Exotic Shorthair mungkin tidak menyukai bekas yang rata.

Jangan letak ubat dalam makanannya
Ya, cara ini ialah antara cara yang paling mudah dan berkesan untuk memberi kucing anda ubat.

Tetapi, sesetengah ubat mempunyai rasa yang kuat yang menyebabkan kucing anda tidak mahu makan. Rujuk kepada vet dahulu mengenai ubat yang diberi.

Tags:

You Might also Like

error: Content is protected !!