Kucing Asyik Tidur Je? Ketahui Fakta Menarik Disebaliknya - Verst Haimeow );

Type to search

Kucing Asyik Tidur Je? Ketahui Fakta Menarik Disebaliknya

Haimeow Cattiviti

Kucing Asyik Tidur Je? Ketahui Fakta Menarik Disebaliknya

Avatar
Share

Dimana-mana sahaja kita pasti akan melihat kucing-kucing tidur tanpa mengira waktu dan tempat.

Malah ada juga diantara mereka yang suka tidur di kawasan tidak dicapai akal manusia. Mari ketahui fakta menarik mengapa kucing suka tidur:

1. Fitrah Kucing

Ia sudah menjadi lumrah mereka untuk tidur dalam jangka waktu yang panjang, malah menurut kajian mereka boleh tidur dari 16 jam sehari hingga 20 jam sehari bagi mereka yang agak berusia.

Ini kerana mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk berburu, mengejar mangsa dan membunuhnya. Jadi sebab itu kita sering mendengar ramai pemilik kucing mengatakan kucing mereka aktif di waktu malam kerana mangsa mereka juga aktif di waktu malam.

Anak Kucing, Hewan Peliharaan

2. Tidur-Tidur Ayam

Kadang-kadang kalau kita perhatikan, kucing mereka akan tidur yang setengah-setengah dimana mereka sedar akan persekitaran mereka. Boleh kata mereka di dalam mode bersedia jika berlaku apa-apa. Nak tahu mereka tidur mati atau tidak anda boleh melihat mata mereka sedikit terbuka.

3. Kucing Boleh Bermimpi

Siapa sangka kucing pun boleh bermimpi macam manusia, jadi jangan terkejut jika kucing anda tiba-tiba mengelejat kerana mereka mungkin sedang bermimpi mengejar tikus atau apa-apa pun.

Kucing, Cat Wajah, Tidur, Lelah

4. Berdengkur

Seperti manusia, kucing juga boleh berdengkur kerana saluran udara mereka terganggu oleh lebihan kulit dari palate lembut. Mereka berdengkur kerana mereka berasa selamat dengan kawasa mereka dan yakin anda ada bersama mereka.

Kucing, Kesayangan, Tidur

Sumber: Themamamiaow

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!