Kucing Baka Kacukan & Risiko Kesihatan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Baka Kacukan & Risiko Kesihatan

Share

Kucing berbaka kacukan sememangnya amat popular dalam kalangan penggemar kucing kerana rupa yang unik dan lain daripada kucing biasa.

Namun, kucing berbaka kacukan dari pelbagai jenis sebenarnya boleh menderita daripada masalah-masalah kesihatan akibat mutasi genetik.

Tetapi, permintaan kucing berbaka kacukan yang tinggi di pasaran membuatkan ia masih dibiak dan dijual secara meluas walaupun terdapat organisasi kucing yang menentang pembiakan baka-baka kacukan ini.

Permintaan kucing baka Munchkins meningkat

Antara kucing berbaka kacukan yang popular dan sentiasa menjadi tumpuan peminat kucing adalah kucing Munchkin.

Kewujudan Munchkin membuatkan dunia kucing terbahagi kepada dua, dengan ada yang tidak menentang pembiakan baka ini dan ada juga yang tidak menentang.

Organisasi seperti The Governing Council Of The Cat Fancy (GCCF) merupakan badan organisasi utama untuk mendaftar kucing di Britain yang tidak menerima baka Munchkin.

Sama seperti mana-mana jenis kucing kacukan yang luar biasa lain seperti baka Cornish Rex dan Manx, baka Munchkin adalah hasil daripada mutasi genetik, di mana ia menggantikan tulang kaki yang panjang menjadi pendek dan tidka normal.

Kebanyakan kucing Munchkin lahir dengan Lordosis, kondisi di mana tulang belakangnya, dada yang tenggelam (pectus excavatum) dan tulang rusuk serta tulang dada yang tumbuh secara tidak betul atau bukan secara semulajadi.

Bimbang tentang kebajikan kucing kacukan

Selain Munchkin, kucing baka hybrid yang dikacukkan menjadi seperti kucing Savannah, adalah berasal dari baka kucing domestik dengan kucing Serval, iaitu sejenis kucing liar dari Afrika.

Jenis baka hybrid dan banyak lagi baka jenis lain pastinya menarik perhatian mereka yang mahukan kelainan.

Walaubagaimanapun, kucing jenis hybrid ini juga memiliki masalah yang tersendiri. Selain memiliki bentuk dan rupa yang unik dan tersendiri, penjagaan kucing baka hybrid harus dititikberatkan.

Ini kerana, sikap semulajadi yang liar menjadikan mereka mudah agresif dan rasa untuk mendominasi kawasan adalah sangat tinggi.

Jika dilepaskan secara bebas pula, kucing ini berpotensi mengundang bahaya kepada kucing-kucing lain. Mereka juga memerlukan ruang yang luas dan pemilik kucing baka ini harus sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama untuk menghiburkan mereka.

Soalan tentang etika

Apabila keinginan untuk memilih yang terbaik di kalangan yang terbaik sering berkait rapat dengan pemilihan haiwan unttk proses pembiakan anak kucing dari baka ‘rare‘, ia turut mengundang risiko yang tinggi, di mana anak-anak kucing kacukan ini kadangkala akan menghadapi masalah genetik atau penyakit yang diwarisi.

Ada banyak kucing yang tidak menghadapi masalah kesihatan dan ramai penternak baka kucing kacukan ini memandang remeh tentang hal kesihatan anak kucing yang bakal lahir.

Jadi, untuk memastikan kucing yang sesuai untuk dikacukkan, pembiak harus bijak untuk membuat kajian terlebih dahulu sebelum membelu baka kucing yang sihat.

Sebagai penternak kucing kacukan ini, anda harus memastikan baka kacukan yang diambil untuk dibiak adalah dari penternak baka kucing yang diiktiraf dan dipercayai.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!