Kucing Bengal Eksotik, ‘Sado’, Jinak & Garang? - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Baka Eksotik Pilihan Haimeow

Kucing Bengal Eksotik, ‘Sado’, Jinak & Garang?

Share

Setakat ini, kucing yang paling terkenal di seluruh dunia merupakan satu baka kucing hibrid dan merupakan antara kucing yang mendapat gelaran kucing termahal di dunia, iaitu baka bengal.

Kucing yang bercorak dan memiliki fizikal mantap ini semakin menjadi sebutan dalam kalangan pencinta kucing masa kini untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan walaupun memiliki corak dan warna seperti seekor harimau bintang.

KEWUJUDAN BENGAL

Kucing bengal ini merupakan hasil kacukan antara kucing hutau atau lebih dikenali sebagai Asian Leopard Cat (ALC) Asia dengan kucing tempatan (domestik) dan sehingga kini telah mencapai lima generasi kucing bengal di dunia.

Perkembangan pembiakan kucing ini bermula setelah didaftarkan dan telah diperakui antara pertubuhan kucing antarabangsa seperti The International Cat Association (TICA) sejak tahun 1963.

Selepas itu, kewujudan baka bengal ini mula mendapat perhatian pembiak baka kucing dan sekitar tahun 1980, keturunan pertama kucing bengal ini mula terhasil di amerika syarikat.

Kucing hutan ALC adalah hidupan liar yang dilindungi dan jika seseorang itu ingin memeliharanya, mereka memerlukan permit dari jabatan yang berwajib. Namun, kucing hutan seperti bengal ini memiliki sifat dan personaliti seperti kucing peliharaan rumah yang lain.

BULU ‘REFLECTIVE’

Setiap kucing bengal yang cantik dan berkualiti mengikut ‘standard’ antarabangsa perlu memiliki bulu yang berkilau dan memantulkan cahaya dan pendek. Walaupun memiliki bulu pendek dan bercorak, ia mudah untuk diuruskan, tidak seperti kucing kategori ‘long hair’.

Sememangnya ciri tersebut merupakan sifat genetik sejak ia dilahirkan. Pemilik kucing bengal perlu menitikberatkan faktor makanan yang diberikan kepada kucing bengal agar tidak menjadi penyebab kepada perubahan sifat serta perangani secara mendadak seperti agresif dan liar pada kucing tersebut.

Kucing bengal mempunyai penampilan yang menakjubkan dan semestinya baka ini agak berbeza daripada setiap baka kucing yang wujud. Bengal juga memiliki perwatakkan yang ramah dan turut digelar olahragawan alam semulajadi kerana begitu obses untuk bermain, bergerak aktif dan lincah.

Selain itu, kucing bengal memiliki penampilan yang sangat eksotik, mempunyai mimik muka seakan-akan harimau bintang atau jaguar.

Oleh itu, jenis bengal mempunyai warna tubuh dan corak yang cantik serta begitu menonjol. Semesti ini merupakan tarikan utama buat peminat jenis kucing bengal yang mempunyai kelebihannya tersendiri daripada sebahagian besar kucing peliharaan yang lain.

SIFAT SOSIAL

Kebiasaanya, setiap kucing pasti mempunyai sifat sosial mereka tersediri, termasuk kucing bengal dimana memiliki rasa sosial yang tinggi seperti selalu ingin bersama dengan pemilik dan keluarganya.
Bengal adalah jenis kucing yang baik dengan haiwan peliharaan lain, asalkan mereka diperkenalkan kepada kehidupan yang baru.

Salah satu ciri khas yang menarik perhatian penulis adalah jenis bengal ini amat menyukai air. Mereka tidak akan keberatan sekiranya seluruh tubuhnya dibasahi air.

Secara umumnya, mereka juga gemar mandi dan berendam di tab mandi bersama pemiliknya. Ini antara sifat kucing bengal yang ingin menikmati persahabatan bersama tuan bulus mereka.

Jika anda seorang pemilik kucing yang mementingkan kekemasan, aturan dan kesempurnaan di dalam rumah, disarankan untuk tidak memelihara kucing jenis bengal ini kerana mereka mempunyai tingkah laku suka memanjat dan mengeksplorasi sesuatu yang baru dengan begitu obses.

– Penggunaan ‘litterbox’ bukan sesuatu latihan mudah kepada Kucing Bengal.
– Memberus gigi dan menyikat bulu seminggu sekali sudah mencukupi buat baka berbulu pendek.
– Berat kucing jantan lebih tinggi daripada kucing betinan iaitu mampu menjangkau sehingga 8 kilogram (kg).

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!