Kucing Ini Besarkan 3 Ekor Anaknya Dan 3 Ekor Anak Itik Sekaligus Dan Layan Mereka Macam Anak Sendiri );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Besarkan 3 Ekor Anaknya Dan 3 Ekor Anak Itik Sekaligus Dan Layan Mereka Macam Anak Sendiri

Avatar
Share

Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati seekor ibu kucing di ladang mereka telah menjaga tiga ekor anak itik seperti anaknya sendiri.

Kucing tersebut membesarkan ketiga-tiga anak itik tersebut bersama-sama tiga ekor anaknya dengan sepenuh kasih sayang dan memberi perlindungan kepada mereka sama seperti anaknya sendiri.

Kisah tersebut diceritakan oleh Ronan dan Emma yang begitu terharu dengan kasih sayang yang diberikan oleh kucing itu terhadap ketiga-tiga ‘anak angkat’nya itu.

Pada mulanya, pasangan tersebut mahu menambah koleksi haiwan di ladang dan mereka membuat keputusan untuk mendapatkan tiga biji telur itik.

Menurut Ronan, pada hari telur-telur itik itu menetas dia pergi untuk memeriksa keadaan anak-anak itik tersebut dan mendapati bahawa kesemuanya telah hilang.

“Tiba-tiba, saya lihat seekor kucing muncul berdekatan dengan tempat saya meletakkan telur-telur itu, dan saya fikir ia telah makan mereka.

“Kemudian kami terjumpa anak-anak itik tersebut, tetapi kucing berkenaan telah tiba dahulu daripada kami dan meletakkan anak itik di mulutnya.

“Ketika itu kami fikir ia akan memakan anak-anak itik tersebut di hadapan kami,” katanya.

Kemudian mereka sedar yang kucing tersebut bukanlah cuba untuk makan anak-anak itik tersebut.

Kucing itu kemudiannya baring dan anak-anak itik tersebut meluru ke arah kucing itu dan kucing terus mendakap mereka seolah-olah mahu menyusukan mereka.

“Kami terkejut melihat perkara itu kerana kebiasaannya kucing akan makan burung-burung kecil.

Emma berkata dia kemudian mendapati bahawa terdapat tiga ekor anak kucing turut berada dalam dakapan kucing itu.

Rupa-rupanya, kucing itu juga baru sahaja melahirkan anak beberapa jam yang lalu.

Menurutnya, kucing itu menjaga dan membesarkan anak-anak itik tersebut sama seperti anak-anaknya.

“Anak-anak itik tersebut sangat aktif, lebih aktif daripada anaknya sendiri, dan agak sukar baginya untuk membesarkan mereka berbanding anaknya sendiri.

Kucing itu sentiasa mengawal anak-anak itik tersebut supaya mereka tidak lari jauh daripada jagaannya.

Beberapa minggu selepas itu, walaupun anak-anak itik itu sudah membesar dan boleh berdikari, mereka tetap sentiasa mengekori ‘ibu angkat’ mereka itu ke sana sini.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=aJOtGx5ue40[/embedyt]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!