Walaupun Buta, Kucing Ini Pandai Bermain 'Fetch' Dengan Tuannya Seperti Tiada Kekurangan );

Type to search

Haimeow Cerita

Walaupun Buta, Kucing Ini Pandai Bermain ‘Fetch’ Dengan Tuannya Seperti Tiada Kekurangan

Share
Kucing buta

Seekor kucing buta mendapat perhatian netizen kerana kebolehannya bermain ‘fetch’ atau menangkap dengan tuannya walaupun tidak berupaya untuk melihat mainan tersebut.

Pemilik kucing tersebut berkongsi video kucing istimewanya itu di akaun TikTok, @sweethavartibaby dan orang ramai terpesona dengan kehebatannya menjumpai permainan yang dibaling oleh tuannya tanpa melihat.

Menurut pemiliknya, kucing yang bernama Havarti itu kehilangan kedua-dua matanya akibat jangkitan ketika ia masih kecil.

Walaupun begitu, kekurangannya itu tidak menjadi penghalang kepada Havarti untuk menjalani kehidupannya dan bergembira seperti kucing lain.

Havarti turut tidak mempunyai masalah untuk turun dan naik tangga tanpa bantuan orang lain.

Lihat video Havarti bermain bersama tuannya di bawah:

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!