);

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Calico, Serangkai Tiga Warna Yang Unik

Share

Pemilik si bulus, pernah tahu tentang warna kucing comel ni? Agak rare juga kan. Warna Calico adalah warna yang cukup popular pada kucing-kucing domestik dan kampung. Kebiasaannya, mempunyai 3 warna utama iaitu putih, hitam dan oren.

Untuk pengetahuan anda, 90% kucing yang berwarna CALICO merupakan jenis betina kerana genetik serta percaturan semulajadi.

Di luar Amerika Utara, corak ini lebih biasa dipanggil tortoiseshell and white. Di wilayah Quebec, Kanada pula, kadangkala mereka menggelarkannya chatte d’Espagne, manakala di Jepun, corak itu disebut tobi mi-ke yang bermaksud triple fur.  Antara nama lain termasuk brindletricolor catpatches cat dan sebagainya.

Jangan terkejut kerana terdapat sesetengah kucing corak Calico turut mempunyai mata yang berlainan warna.

Kalau korang nak tahu, dua warna yang ganjil itu dikenali sebagai Heterochromia atau ‘Odd-eyed cat’. Kucing tersebut akan memiliki sepasang mata dengan satu warna biru dan sebelah mata sama ada hijau, kuning atau coklat.

Keadaan itu paling biasa berlaku pada kucing-kucing berwarna putih tetapi boleh terjadi dalam kucing pelbagai warna, dengan syarat bahawa ia mampu ‘mengesan’ gen warna putih.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!