Kucing Cerewet? Fahami Pemakanan Kucing Anda Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan Produk

Kucing Cerewet? Fahami Pemakanan Kucing Anda

Share

Antara masalah yang selalu menghantui pemilik-pemilik kucing adalah si bulus yang begitu cerewet tentang makanan.

Ada pemilik yang menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk memuaskan selera kucing mereka yang cerewet, tetapi kadang-kala ada juga kucing yang tetap tidak mahu menjamah walau sedikitpun makanan yang diberikan.

Sebenarnya, tanpa anda sedari, perkara yang anda anggap kecil sekalipun mampu membuat si bulus tidak berselera.

Antara masalah yang selalu menghantui pemilik-pemilik kucing adalah si bulus yang begitu cerewet tentang makanan.

Ada pemilik yang menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk memuaskan selera kucing mereka yang cerewet, tetapi kadang-kala ada juga kucing yang tetap tidak mahu menjamah walau sedikitpun makanan yang diberikan.

Sebenarnya, tanpa anda sedari, perkara yang anda anggap kecil sekalipun mampu membuat si bulus tidak berselera.

Kenapa Si Bulus Tak Mahu Makan?

Untuk mengagak sebab kenapa kucing anda cerewet atau begitu memilih tentang makanan adalah satu tugas yang sukar.

Terdapat beberapa sebab kenapa kucing anda tiba-tiba tidak mahu makan atau tidak gemar makanan yang anda belikan untuknya.

Secara am, terdapat beberapa perkara yang membuat selera si bulus anda terputus seperti bekas yang kotor dan tidak sesuai, anda tiba-tiba tukar makanannya dengan makanan lain, makanan yang dicampur dengan ubat atau si bulus anda memang sudah boring dengan makanan yang sama.

Sebagai pemilik, anda harus faham mengenai kucing anda dan cuba menyelesaikan ‘misteri’ mengapa kucing anda cerewet, atau anda juga boleh dapatkan saranan pakar diet kucing.

Cuma anda harus pastikan bahawa sebab ia tidak mahu makan bukanlah kerana ia sakit. Jika ia sakit, anda harus segera bawanya berjumpa doktor.

Fahami Diet Kucing

Kucing juga dikenali sebagai haiwan karnivor dan memerlukan sumber protein sebagai diet utamanya, jadi anda tidak boleh menggantikan protein dengan sumber lain seperti karbohidrat sebagai diet hariannya.

Zat yang terdapat di dalam protein seperti ikan atau ayam adalah penting untuk kesihatan kucing anda.

Jika anda mempunyai lebih daripada seekor kucing, ini juga mungkin menjadi sebab kenapa kucing anda cerewet.

Berikan setiap kucing anda bekas masing-masing dan jika boleh, jangan letak bekas mereka terlalu dekat antara satu sama lain.

Kucing juga lebih suka jika makanan mereka berada dalam suhu bilik. Jadi jika anda letakkan makanan basah di dalam peti sejuk, panaskan dahulu menggunakan microwave sebelum anda beri kepada si bulus.

Kadang-kadang, sesetengah pemilik terpaksa menukar makanan kucing mereka atas sebab-sebab tertentu seperti masalah kesihatan dan saranan vet.

Untuk menukar diet si bulus, anda harus melakukannya secara berperingkat dan tidak boleh melakukannya secara mendadak atau tiba-tiba.

Wet Food, Penyelesaian Masalah Kucing Cerewet?

Umum mengetahui bahawa agak mustahil bagi kucing untuk menolak makanan basah atau wet food.

Baunya yang menggoda sahaja akan membuatkan si bulus tidak keruan apabila anda membuka tin atau plastik wet food.

Walaupun harganya sedikit mahal berbanding dry food, tidak salah untuk berbelanja lebih untuk kucing kesayangan.

Mungkin anda boleh mencampurkan wet food dan dry food sebagai penambat selera kucing anda.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan jadual untuk memberi kucing anda wet food contohnya sekali sehari atau beberapa kali dalam satu minggu, atau mungkin juga ketika hari istimewa seperti hari kelahirannya atau ketika anda mendapat bonus.

Namun, anda harus berhati-hati apabila memilih makanan untuk si bulus dan pastikan anda membaca label pada produk makanan yang anda pilih bagi memastikan ia mempunyai khasiat yang cukup dan tiada bahan-bahan yang membahayakan bagi kucing.

Fish4Cats, Makanan Khusus Buat Si Manja Yang Cerewet

Memperkenalkan rangkaian makanan kucing dalam tin Fish4Cats oleh Pet Lovers Centre, khusus buat kucing yang cerewet atau memilih.

Rangkaian makanan kucing daripada Fish4Cats diinspirasikan daripada permasalahan yang dialami oleh kebanyakan pemilik kucing – kucing yang cerewet atau memilih.

Fish4Cats diperbuat menggunakan ikan yang segar, tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna dan tanpa bahan-bahan tambahan lain yang membahayakan.

Fish4Cats diperkaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh kucing anda seperti Omega 3 dan asid amino yang penting untuk kesihatan kulit, bulu dan sendi.

Ia juga mengandungi Taurine yang untuk penglihatan , sistem penghadaman, jantung dan otot yang sihat, serta menguatkan sistem imunisasi si manja anda.

Fish4Cats baru-baru ini memperkenalkan Finest Tuna Fillet with Anchovy, perisa baru dalam rangkaian Fish4Cats, diperbuat menggunakan ikan tuna segar yang tinggi dengan Omega 3 dan tanpa bahan pengawet atau pewarna tambahan.

Anda boleh dapatkan rangkaian makanan Fish4Cats seperti yang tersenarai di bawah di Pet Lovers Centre berdekatan dengan anda atau secara atas talian di https://www.petloverscentre.com.my/fish4cats

  1. Finest Salmon Mousse
  2. Finest Trout Mousse
  3. Finest Sardine and Mackerel
  4. Finest Tuna Fillet with Squid
  5. Finest Tuna Fillet with Anchovy
  6. Finest Tuna Fillet with Green Lipped Mussel
  7. Finest Tuna Fillet with Salmon
  8. Finest Tuna Fillet with Seaweed
  9. Finest Tuna Fillet with Crab
  10. Finest Tuna Fillet with Prawn
  11. Finest Tuna Fillet with Cheese
  12. Finest Mackerel Fillet with Shrimp
  13. Finest Mackerel Fillet with Squid
  14. Finest Mackerel Fillet with Anchovy
  15. Finest Sardine with Anchovy
  16. Finest Sardine with Shrimp
  17. Finest Sardine with Mussel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!