Kucing Comel Ini Viral Kerana Mempunyai Muka Seperti Baby Yoda - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Comel Ini Viral Kerana Mempunyai Muka Seperti Baby Yoda

Share

Seekor anak kucing jalanan menjadi viral di internet setelah gambarnya mula tersebar akibat mukanya yang kelihatan seperti Baby Yoda, yang turut menjadi sensasi internet baru-baru ini.

Kucing tersebut diselamatkan daripada jalanan dan dibawa ke North Carolina Veterinary Hospital di Amerika Syarikat.

Salah seorang pembantu vet di hospital berkenaan, Jana Aviles mengambil gambar anak kucing berkenaan dan memuatnaik ke Facebooknya dengan kapsyen: “Saya menjumpai si comel ini ketika bekerja di hospital semalam.

Ia dibawa oleh penyelamat selepas dijumpai mengalami kecederaan. Ia sangat comel,” tulisnya.

Tidak lama selepas itu, orang ramai mula membanjiri ruangan komen dan ramai yang menyamakan rupanya dengan karektor comel dari filem Star Wars itu.

Bukan itu saja, orang ramai turut menyatakan minat mereka untuk mengambil kucing tersebut.

Jana bagaimanapun mengingatkan orang ramai dalam satu lagi siaran bahawa bukan hanya anak kucing tersebut yang memerlukan rumah baharu dan terdapat berjuta-juta lagi yang mempunyai nasib seperti kucing berkenaan.

“Terdapat hanya SATU kucing Yoda, jadi hanya SATU rumah untuknya,” tulis Jana.

“Ramai orang yang menawarkan untuk datang dari jauh untuk mengambil kucing ini, dan ada juga dari luar negara yang menghubungi saya.

“Terdapat 70 JUTA kucing jalanan hanya di Amerika Syarikat. Empat JUTA kucing dibawa ke pusat kawalan haiwan setiap tahun, dan 1.4 JUTA kucing-kucing berkenaan dimatikan setiap tahun akibat tidak mendapat rumah baharu,” tambahnya lagi.

Jana turut mengingatkan orang ramai yang berminat untuk memelihara kucing supaya pergi ke pusat perlindungan haiwan atau kucing di kawasan sekitar dan memberi rumah baharu kepada kucing-kucing yang sedang menunggu.

“Yoda mungkin nampak cool, tetapi rupa bukanlah segala-galanya,” katanya lagi.

Jana masih belum memberikan update tentang status Baby Yoda sama ada ia telah diambil atau tidak, tetapi berdasarkan minat terhadap kucing comel tersebut, harapnya ia telah menemui keluarga baharunya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!