Kucing Dengan 'Kuasa Menyembuh' Dijual Dengan Harga RM 1.32 Juta Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Dengan ‘Kuasa Menyembuh’ Dijual Dengan Harga RM 1.32 Juta

Share

Seorang pemilik kucing di Rusia cuba menjual kucingnya yang didakwa mempunyai kuasa menyembuh yang istimewa dengan harga 20 juta Rubles (sekitar RM 1.32 juta).

Pemilik kucing berkenaan yang dikenali sebagai Georgy, mengiklankan kucingnya itu di dalam sebuah laman web jual beli Rusia, Avito.

Iklan yang disiarkan di Avito.

Menurut Georgy, hasratnya untuk menjual kucingnya itu adalah disebabkan ‘permintaan’ kucing itu sendiri.

“Kucing saya memberitahu saya di dalam mimpi supaya menjualnya dan menggunakan duit tersebut untuk tujuan yang baik,” tulisnya dalam iklan tersebut.

Georgy menjumpai kucingnya itu dua tahun lalu di sebuah kubur seorang bomoh di Siberia.

Sejak daripada itu, dia mendakwa bahawa kucingnya telah merubah hidupnya secara mendadak menjadi lebih baik.

Kucing yang didakwa Georgy memiliki 'kuasa menyembuh' yang ajaib.

“Ketika saya mempunyai keraguan, saya selalu mendapat mimpi di mana saya akan diberitahu apa yang patut dilakukan.

“Seseorang sangat memerlukannya saat ini,” tulis Georgy.

Georgy bagaimanapun memberitahu agensi berita Moscow 24 bahawa beliau mungkin memberikan kucing itu secara percuma.

“Saya hanya melihat harga ini sebagai cara untuk menarik perhatian orang ramai,” katanya.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!