Kucing Dengan Muka Dua Tona Ini Mempunyai Dua Anak Yang Copy Warna Mukanya - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Dengan Muka Dua Tona Ini Mempunyai Dua Anak Yang Copy Warna Mukanya

Share

Seekor kucing yang mempunyai wajah unik, Narina, yang mempunyai dua tona iaitu kelabu dan hitam di sebelah kiri dan kanan wajahnya baru-baru ini menjadi bapa kepada dua ekor anak kucing comel.

Apa yang menariknya, kedua-dua anaknya itu masing-masing seperti ‘copy’ salah satu warna wajah ayah mereka dengan seekor berwarna kelabu dan seekor berwarna hitam.

Narina yang tinggal di Britain bersama pemiliknya, Stephanie Jiminez, kelihatan seperti kucing chimera – iaitu kucing yang memiliki dua DNA dalam sel akibat daripada dua embrio yang bergabung.

Tetapi menurut Stephanie, hasil daripada pemeriksaan DNA, Narina bukanlah kucing chimera.

Selain itu, cemburu juga mungkin menjadi punca kucing anda bersikap sedimikian. Seperti yang kita tahu, kucing ialah haiwan yang sangat pentingkan perhatian.

Jika ia lihat anda menumpukan perhatian kepada benda lain, walaupun hanya sebuah laptop, ia boleh menjadi jealous. Jadi, ia akan cuba menarik perhatian anda dengan menjadi ‘penghalang’ antara anda dan juga laptop supaya anda memberi perhatian kepadanya.

Jika kucing anda berbuat demikian, cuba luangkan masa seketika untuk bermanja dengannya sebelum menyambung kembali kerja anda.

Narina yang berusia 3 tahun baru-baru ini menjadi bapa kepada dua anak kucing yang bernama Prada, yang mendapat warna hitam dan sedikit putih di bahagian dagu dan bawah dagu seperti bapanya, manakala Phoenix mendapat warna kelabu.

Tags:

You Might also Like

Scroll Up
error: Content is protected !!