Kucing Dengan Penyakit Scoliosis Ini Tawan Hati Netizen - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor

Kucing Dengan Penyakit Scoliosis Ini Tawan Hati Netizen

Share

Pitoe, kucing baka British Short Hair berusia 4 tahun ini, dibawa ke doktor veterinar ketika masih anak kucing akibat skoliosis yang teruk.

Kini, kucing ini telah menerima kehadiran tuan baru dimana doktor yang merawatnya mengambil keputusan untuk adopt.

Walaupun Pitoe diadopsi ke dalam kehidupan yang baik empat tahun yang lalu, kisahnya baru saja menjadi viral di media sosial ketika foto-fotonya disiarkan ke dalam Reddit, Instagram dan Twitter, bersama dengan cerita kehidupannya.

Kini Pitoe telah mempunyai banyak peminat akibat penampilannya yang unik, skoliosisnya menyebabkan dia kelihatan kembang.

Cacat tulang belakang menghalangnya daripada dapat melompat, “tetapi dia dapat melambai, berlari, bermain, dan memanjat seperti kucing normal,” kata Marie.

Walaupun Pitoe melengkung dan “salah satu kaki belakangnya tidak berfungsi,” Marie menegaskan anak kucing itu “gembira dan bebas dari kesakitan” ketika tinggal bersama datuk dan neneknya.

Dia juga berharap ceritanya akan mendorong orang ramai untuk mengadopsi haiwan dengan fizikal istimewa yang lain.

Sumber: foxnews
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!