Kucing Ditahan Cuba Seludup Dadah Ke Dalam Sebuah Penjara Di Panama

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ditahan Cuba Seludup Dadah Ke Dalam Sebuah Penjara Di Panama

Share
Kucing seludup dadah

Sindiket dadah sering menggunakan pelbagai cara dan modus operandi untuk menyeludup dadah bagi mengaburi pihak berkuasa.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Panama telah menangkap seekor kucing yang  cuba menyeludup pelbagai jenis dadah ke dalam penjara.

Kucing telah ditahan di luar penjara Nueva Esperanza, yang menempatkan lebih dari 1,700 tahanan, di wilayah Caribbean, Colon, di utara ibu kota Panama City.

Kucing tersebut membawa dadah berkenaan di dalam kantung yang diikat di bahagian lehernya.

“Haiwan itu membawa kain yang diikat di lehernya yang berisi bungkusan serbuk putih, daun-daun dan” herba”, menurut Andres Gutierrez, ketua Sistem Penjara Panama.

Setelah diperiksa, dadah yang dirampas tersebut adalah jenis kokain dan ganja.

Pihak pendakwa raya telah memulakan siasatan terhadap penggunaan haiwan untuk menyelinap bahan terlarang ke dalam penjara Nueva Esperanza, yang menempatkan lebih dari 1.700 tahanan.

Sementara itu, kucing yang ditangkap itu dibawa ke pusat perlindungan haiwan peliharaan, kata pendakwa raya.

Namun, ini bukanlah kali pertama haiwan digunakan sebagai ‘penyeludup’ dadah ke dalam penjara berkenaan.

Pihak berkuasa sebelum ini telah menggagalkan cubaan menyeludup dadah dengan menggunakan burung merpati dan juga dron.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!