Aksi Kucing Mahu Bergaduh Dan Mengiau Sehingga Mentol Pecah Buat Netizen Tergamam - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Aksi Kucing Mahu Bergaduh Dan Mengiau Sehingga Mentol Pecah Buat Netizen Tergamam

Share
Kucing Gaduh

Kucing adalah haiwan yang amat comel tetapi apabila mereka sedang berada dalam ‘mode’ bergaduh, memang seram melihatnya.

Dengan postur mereka yang garang dan kukunya yang tajam bersedia untuk menerkam musuh mereka, memang tak berani untuk didekati.

Selain itu, bunyi meow mereka yang nyaring dan sangat kuat ketika mahu bergaduh juga begitu menakutkan.

Bunyi meow mereka yang nyaring itu bukan sahaja boleh menggerunkan musuh tetapi juga sehingga boleh memecahkan kaca!

Ya betul, pasti anda akan terkejut apabila melihat video di bawah.

Sebuah video yang dikongsi di TikTok @spectiplier menunjukkan dua ekor kucing yang sedang bersedia untuk bergaduh dan masing masing mengiau dengan kuat dan nyaring.

Apa yang membuatkan orang ramai terkejut adalah mentol yang berada berdekatan dengan mereka tiba-tiba pecah ketika kedua-dua kucing itu sedang ‘berlawan meow’.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!