Kucing Ini Gigit Ekor Anjing Dan Tuduh Tuannya Yang Buat, Anjing Terus Percaya Dan Gigit Tuannya - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Gigit Ekor Anjing Dan Tuduh Tuannya Yang Buat, Anjing Terus Percaya Dan Gigit Tuannya

Share
Kucing Gigit Ekor Anjing

“Baling batu sembunyi tangan”. Masih ingatkah anda kepada peribahasa Melayu ini? Ia bermaksud seseorang yang melakukan sesuatu perkara jahat kepada pihak lain dan tidak mengaku salah atau tidak bertanggungjawab.

Tetapi bukan manusia sahaja yang ada sikap seperti itu ya, haiwan juga ada yang berperangai seperti itu.

Seperti seekor kucing dalam sebuah video tular di media sosial ini yang tidak mengaku setelah menggigit ekor seekor anjing. Bukan saja tidak mengaku, ia malah turut menyalahkan tuannya.

Apabila anjing itu berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang menggigit ekornya itu, kucing tersebut menjeling ke arah tuannya, seolah-olah memberitahu anjing tersebut bahawa tuannya yang melakukan perkara tersebut.

Anjing tersebut terus merenung ke arah tuannya seolah-olah mempercayai tuduhan kucing itu dan terus mengamuk dan mengejar lalu mengigit tuannya.

[Video: TikTok @funnnydogs]
Tags:

You Might also Like

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!