Kucing 'Guna' Mesin Basuh, Pasangan Rugi $40,000 Akibat Rumah Banjir - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing ‘Guna’ Mesin Basuh, Pasangan Rugi $40,000 Akibat Rumah Banjir

Share

Sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian kira-kira $40,000 (kira-kira RM112,000++) selepas rumah mereka dinaiki air di Adelaide, Australia.

Ketika Amber dan Joe Fauser sedang tidur di dalam bilik mereka, kucing mereka, Eve, mempunyai idea lain di bilik dobi.

Eve dipercayai membuka paip air di bilik dobi itu yang menyebabkan air melimpah sepanjang malam di bahagian bawah rumah.

Joe yang bangun pada pukul 6 pagi untuk bersiap ke tempat kerja dikejutkan dengan limpahan air yang membanjiri kawasan bawah rumahnya.

Joe kemudiannya bergegas untuk melihat keadaan Eve dan mendapati kucingnya itu sedang duduk di atas mesin basuh dengan paip sedang terbuka luas .

Sebahagian kawasan rumah yang rosak akibat dinaiki air.

Amber berkata: “Kami masuk tidur pada pukul 10 malam dan kami letakkan Eve di bilik dobi seperti kebiasaannya.”

“Kira-kira 6 pagi esoknya, Joe bagun untuk bersiap ke tempat kerja, dia keluar daripada bilik kami untuk mengambil pakaiannya dan dikejutkan dengan limpahan air yang mengalir hampir ke pintu bilik kami.

“Dia dengan pantasnya mencari sumber air tersebut dan mendapati Eve di atas mesin basuh dengan paip air terbuka luas.

Amber berkata mereka tahu bahawa itu adalah perbuatan kucing mereka kerana sifatnya yang sangat aktif dan suka bermain dengan barang-barang.

“Sifat Bengal dalam dirinya membuatkan ia mempunyai naluri ingin tahu yang kuat,” tambahnya lagi.

“Kami terpaksa menelefon tempat kerja Joe dan pihak universiti saya untuk meminta cuti kecemasan.

“Kami kemudiannya memanggil pasukan kecemasan banjir untuk membaiki kerosakan yang telah Eve lakukan,” kata Amber.

Eve adalah seekor kucing baka bengal.

Menurut Amber, pasukan tersebut mengambil masa selama sehari suntuk untuk membaiki kerosakan rumahnya.

“Mereka terpaksa mengeringkan rumah kami, membuka lantai dan sebahagian karpet kami dan meletakkan 30 jenis pengering selama tujuh hari yang menyebabkan bil kami tinggi.

“Tetapi kami baru saja pindah ke sini tiga bulan, jadi kami lakukan apa yang kami mampu untuk menyelamatkannya.

“Kos untuk mengeringkan rumah adalah $16,100, manakala $10,000 untuk menggantikan karpet dan lantai kayu yang baru, elektrik pula adalah $1000.

“Pasukan yang membaiki rumah kami menganggarkan kerosakan bernilai $30,000-$40,000,” jelas Amber.

Amber dan Eve.

Sejak kejadian itu, pasangan tersebut telah memastikan rumah mereka dilengkapi dengan kunci keselamatan kanak-kanak bagi memastikan perkara sama tidak berulang lagi.

Mereka juga tidak lagi membenarkan Eve berada di bilik dobi dan sentiasa memantau pergerakan Eve ketika berada di dalam rumah.

[Foto: Caters News Agency]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!