Nak Kucing Hidup Lebih Lama Dengan Sihat? Pastikan Anda Lakukan 8 Perkara Ini );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Nak Kucing Hidup Lebih Lama Dengan Sihat? Pastikan Anda Lakukan 8 Perkara Ini

Avatar
Share
Kucing

Kucing mempunyai jangka hayat yang jauh lebih pendek berbanding manusia kerana mereka melalui proses penuaan yang jauh lebih cepat berbanding manusia.

Kucing jalanan mempunyai purata jangka hayat sekitar 5-6 tahun manakala kucing indoor atau kucing yang dibela di rumah mempunyai purata jangka hayat sekitar 16 tahun.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Ini adalah perkara yang normal kerana kucing jalanan terdedah kepada banyak bahaya dan penyakit yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka.

Bagi kucing rumah pula, terdapat beberapa faktor yang boleh menentukan kualiti hidup mereka seperti pemakanan, gaya hidup aktif, vaksinasi, tahap stres dan lain-lain lagi faktor.

Jika boleh, pemilik kucing pastinya mahu kucing mereka hidup bersama mereka sepanjang hidup kerana kehilangan haiwan peliharaan adalah sesuatu perkara yang amat menyakitkan.

Walaupun perkara itu agak mustahil, anda boleh memastikan kucing anda mempunyai kualiti hidup yang tinggi dan kesihatan yang baik, dan ini secara langsung dapat memberi kesan terhadap umur kucing anda.

Berikut adalah 8 perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu kucing anda hidup lebih lama:

1. Bawa Kucing Berjumpa Doktor Haiwan Secara Berkala

Oleh kerana kucing jarang menunjukkan tanda tanda ia sakit, pemeriksaan tahunan adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan kucing anda. Kunjungan ke veterinar secara berkala membolehkan doktor haiwan melihat perubahan keadaan kucing anda dari tahun ke tahun, dan membantu anda menangani masalah yang berpotensi menjadi serius.

 

2. Vaksin Kucing Anda Mengikut Jadual

Apabila anda membawa kucing untuk pemeriksaan tahunan, doktor haiwan akan menyemak jadual vaksinasi kucing anda. Vaksin dapat membantu mengelakkan kucing anda dijangkiti penyakit serius sekiranya dia bergaul dengan kucing lain.

3. Mandulkan Kucing Anda

Salah satu kaedah terbaik untuk menjaga kesihatan kucing anda adalah dengan memandulkannya. Pemandulan dapat mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan organ pembiakan kucing. Pemandulan juga dapat mencegah kelahiran yang tidak diingini dan membantu populasi kucing terbiar.

 

4. Beri Perhatian Pada Kesihatan Gigi Kucing Anda

Walaupun tidak mudah untuk menggosok gigi kucing (melainkan jika anda melatih kucing anda sejak dari kecil), pembersihan dan pemeriksaan gigi secara berkala adalah salah satu perkara penting bagi kesihatan kucing secara keseluruhannya. Doktor haiwan akan memeriksa gigi kucing anda pada pemeriksaan tahunannya.

mahal

5. Awasi Berat Badan Kucing Anda

Apabila kucing semakin dewasa, ia akan menjadi semakin malas dan lebih suka tidur dan berehat. Bantu kucing anda mengekalkan berat badan yang ideal dengan sentiasa bermain dengan supaya ia kekal aktif. Jadikan masa bermain sesuatu yang menarik supaya kucing anda tidak bosan.

 

6. Pastikan Kucing Diberi Makanan Yang Berkualiti Tinggi

Pastikan anda memberi kucing anda makanan yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya hidupnya. Jika kucing anda mempunyai masalah kesihatan tertentu, beri makanan yang diformulasi khas untuk kucing anda. Tanya doktor haiwan anda jenis makanan yang paling sesuai untuk kucing anda dan ikuti garis panduan pemakanan yang dicadangkan. Anda boleh memberi kucing anda treats, tetapi ingat kalori yang ada dalam treats adalah tinggi. Jadi, berpada-pada jika mahu berikan kucing anda treats.

7. Beri Perhatian Pada Tabiatnya Membuang Najis

Disebabkan kucing pandai menyembunyikan tanda-tanda sakit, salah satu cara untuk melihat sama ada kucing anda sihat atau tidak adalah memerhatikannya membuang najis dan juga najisnya. Sekiranya terdapat sesuatu yang tidak kena dengan caranya membuang najis, contohnya dia mula membuang air kecil lebih kerap atau kencing tidak betul, atau jika anda melihat perubahan bentuk najisnya yang lain dari kebiasaan, bawa haiwan kesayangan anda ke doktor haiwan secepat mungkin.

 

8. Dandan Kucing Anda Dengan Kerap

Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan kucing anda adalah dengan menyikat atau memberus bulunya secara berkala. Rutin dandanan ini dapat membantu anda mengenal pasti sebarang masalah pada bulu, kulit dan kukunya. Perhatikan jika terdapat apa-apa perubahan pada bulu atau kulit kucing anda, seperti tompok kulit kering, kemerah-merahan atau luka, keguguran bulu, bulu kusam atau terdapat kemerahan di sekitar kukunya. Sekiranya terdapat tanda-tanda ini, bawanya berjumpa doktor haiwan.

Sumber: Mercury News
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!