Kucing Hilang 3 Hari, Balik Rumah Bawa Hutang Buat Pemilik - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Hilang 3 Hari, Balik Rumah Bawa Hutang Buat Pemilik

Avatar
Share

Seekor kucing di Thailand menjadi tular selepas hilang daripada rumah selama 3 hari dan kembali dengan hutang berupa tiga ekor ikan buat pemiliknya.

Pemiliknya yang gembira melihat kucingnya itu kembali di sekitar kawasan rumahnya selepas tiga hari bagaimanapun dikejutkan dengan satu nota yang digantung pada leher kucing itu.

Nota tersebut tertulis: “Kucing kamu asyik memerhatikan ikan kembung di gerai saya. Jadi saya berinya 3 ekor.”

Turut tertulis adalah lokasi rumah dan nombor telefon penulis nota itu yang dikenali sebagai Mak Cik May.

Kisah lucu itu dikongsi di Facebook changpuaksiam dengan kapsyen “Hilang selama 3 hari. Kembali dengan hutang.”

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing tersebut yang seakan-akan membuat ‘muka tidak bersalah’ dengan ada yang menawarkan untuk membayar ‘hutang’ tersebut.

Ada yang turut berkata bahawa Mak Cik May sebenarnya hanya bergurau mengenai ganti rugi untuk ikan-ikan tersebut, tetapi hanya mahu pemilik kucing itu menghubunginya jika kucingnya hilang lagi selepas ini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!