Kucing Hilang Dalam Kebakaran Di Australia Kembali Selepas 7 Hari - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Kucing Hilang Dalam Kebakaran Di Australia Kembali Selepas 7 Hari

Share

Ketika api sedang marak menuju ke kawasan rumah Ben Symonds di New South Wales Bega Valley, Australia, apa yang berada dalam fikirannya ketika itu adalah keselamatan kucing kesayangannya, Angel.

Rumah Ben terletak di kawasan kebakaran dahsyat yang sedang berlaku di Australia ketika ini.

Ben menceritakan kepada 7NEWS bagaimana situasi yang digambarkannya “seperti malapetaka” apabila dia kucingnya tiba-tiba menghilangkan diri dalam kebakaran tersebut.

“Ianya seperti kiamat, langit di sekeliling berwarna oren. Ia adalah dunia api.

“Ia sangat dahsyat, api membara, sangat panas sehinggakan tiada satu pun pokok yang tidak terbakar,” kata Ben.

Menurut Ben, ketika keluarganya sedang memunggah barang untuk berpindah, ketika itulah Angel dilihat meluru ke arah semak yang berlakunya kebakaran.

Setelah keadaan selamat, mereka kembali ke rumah mereka dan cuba mencari Angel tetapi hampa dan sedih kerana tidak dapat menjumpai sebarang jejaknya.

“Kami sangat berharap jika ia selamat ia akan pulang dalam masa 3-4 hari,” kata Ben.

Mereka berusaha mencari Angel setiap hari dengan memanggilnya dan meletakkan makanan di sekitar kawasan perumahan mereka.

“Kami tidak menemui sebarang jejak Angel selama tujuh hari,” tambah Ben.

Setelah tujuh hari berlalu, Angel, seekor kucing yang mempunyai bulu putih yang tebal dan gebu dengan mata biru, tiba-tiba muncul tetapi keadaannya pada ketika itu amat teruk dan hampir tidak dapat dikenali.

Rupa Angel sebelum dan selepas kebakaran

“Ketika itu kami sedang mengemas dan membaiki rumah akibat kebakaran. Saya, ayah tiri saya dan ibu saya keluar bersama-sama dan terlihat Angel sedang duduk di laman.

“Kami tidak dapat mengenalinya. Ia sebelum ini putih, gebu.

“Pada waktu itu, ia berwarna coklat dan oren seperti kesan terbakar, melihat ke arah kami.

“Kami terus menjerit dan berlari ke arahnya dengan gembira. Ianya satu saat yang sangat hebat,” kata Ben.

Angel mengalami kecederaan akibat kebakaran tersebut, telinganya luka dan matanya berair.

“Ajaibnya, kaki Angel tidak terkesan langsung,” tambah Ben.

“Ia sangat lapar, tidak makan selama seminggu. Ia sangat manja dan sentiasa berpelukan dengan saya.

“Ia sangat gembira kembali kepada kami. Kami sentiasa memeluknya,” tambah Ben.

Ben berkata, ketika kebakaran itu berlaku, Angel mungkin masuk ke dalam lubang wombat dan bertahan di dalam lubang tersebut.

[Sumber: 7NEWS / Foto: Supplied]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!