3 Tahun Hilang, Kucing Pakai Cip Pengesan Dijumpai Semula );

Type to search

Haimeow Cerita

3 Tahun Hilang, Kucing Pakai Cip Pengesan Dijumpai Semula

Ain Huda
Share

Kucing yang hilang hampir tiga tahun dijumpai semula. Kucing hitam bernama Ruby berada di kawasan lebih kurang 95 kilometer dari tempat dilaporkan hilang.

Ruby dijumpai di oleh pengawai keselamatan, Leighton Myers di kawasan industri Coventry dan membawanya ke klinik untuk diperiksa.

Hasil daripada pemeriksaan, kucing tersebut didapati telah didaftarkan oleh pemiliknya di Bedfordshire.

Ruby kemudian dipulangkan kepada pemilik asal, Jordan Harvey setelah hilang sejak April 2018.

Menurut Jordan, Ruby seekor kucing yang nakal dan mungkin menaiki lori yang menyebabkan Ruby berada di Coventry.

Kajian Persatuan Perubatan Veterinar Amerika menyatakan lebih 74 peratus haiwan yang memakai cip pengesan berjaya ditemui selepas hilang dalam tempoh enam bulan.

Jordan agak terkejut mendapat panggilan dari pihak klinik mengatakan Ruby dijumpai dalam keadaan baik dan sihat.

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!