10 Sebab Kucing Hilang Selera Makan, Pemilik Kucing Harus Tahu! - Verst );

Type to search

Haimeow Kesihatan

10 Sebab Kucing Hilang Selera Makan, Pemilik Kucing Harus Tahu!

Avatar
Share
Selera Makan Kucing

Apabila kucing tiba-tiba tidak mempunyai selera makan, pemiliknya pasti akan berasa cemas dan risau sesuatu berlaku kepadanya.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Kucing yang tidak makan boleh mendapat penyakit seperti lipidosis hati, yang boleh menjadi bahaya jika tidak ditangani lebih awal.

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab mengapa kucing tidak mempunyai selera makan seperti sakit, stres dan juga tidak gemar dengan makanan yang dihidangkan.

Sebagai pemilik, anda harus memerhatikan dan mengenal pasti punca kucing anda tidak mahu makan, barulah mudah untuk anda menangani masalah tersebut.

1. Masalah Pernafasan

Masalah pernafasan boleh mempengaruhi deria bau kucing dan menyebabkannya sukar bernafas. Ini secara tidak langsung menyebabkannya hilang selera makan. Kucing yang mengalami masalah ini akan mempunyai kotoran yang tersumbat di bahagian hidung dan juga matanya. 

 

2. Masalah Pencernaan

Kucing yang menghadapi masalah di bahagian perut, usus, pankreas atau bahagian lain daripada sistem pencernaan boleh menyebabkannya hilang selera makan. Kucing yang menghadapi masalah ini berisiko untuk diserang cirit-birit dan sakit perut. Masalah pencernaan mungkin berpunca daripada tumor, parasit, masalah acid reflux dan juga masalah-masalah lain.

 

3. Masalah Gigi Atau Gusi

Apabila kita sakit gigi atau gusi, kita tidak akan begitu berselera untuk makan. Begitu juga kucing. Jika kucing menghadapi masalah gigi atau gusi, seleranya akan terputus kerana sukar untuk mereka mengunyah makanan dengan gigi atau gusi yang sakit.

4. Penyakit-penyakit Lain

Kehilangan selera makana adalah salah satu petunjuk bahawa kucing anda sedang dalam kesakitan. Apabila ia merasa sakit, automatik ia menjadi tidak selera makan kerana sedang berlawan dengan kesakitan yang dialaminya, lebih-lebih lagi jika ia menghidap penyakit kronik seperti kanser, masalah pankreas, usus dan ginjal, atau juga jangkitan.

 

5. Terdapat Benda Asing Dalam Perut

Sesetengah kucing suka mengunyah dan menelan benda-benda yang tidak sepatutnya seperti kertas, tisu atau benda-benda kecil yang lain. Benda-benda ini akan tersangkut di dalam usus atau perut mereka dan boleh menjadi penghalang kepada makanan untuk melalui saluran pencernaan.

 

6. Vaksin

Jika kucing anda baru lepas divaksin, jangan risau jika ia tiba-tidak berselera makan. Ini adalah perkara biasa kesan daripada vaksin dan ia hanya bersifat sementara. Tetapi, jika ianya berterusan, bawa kucing anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana mungkin terdapat masalah lain.

7. Perubahan Rutin Atau Suasana

Kucing adalah haiwan yang sukar untuk mengadaptasi dengan perubahan terutamanya suasana atau kawasan baru. Jika anda berpindah rumah atau membawa kucing anda pulang ke kampung, kemungkinan ia akan hilang selera makana kerana ia masih cuba menyesuaikan diri dengan tempat yang baru. Selain itu, jika anda menukar bekas makanannya, kemungkinan ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan bekas baru.

8. Stres

Kucing yang stres juga boleh menyebabkannya hilang selera makan. Perhatikan jika terdapat tanda-tanda stres pada kucing anda dan bantunya untuk mengurangkan stres. Elakkan daripada memaksa kucing anda untuk makan kerana ia akan menambah lagi rasa stres kucing anda.

 

9. Rasa Makanan

Jika anda tiba-tiba menukar makanan baru kucing anda, ia mungkin tidak suka dan tidak akan makan kerana telah biasa dengan makanan yang lama. Kadang-kala anda tiada pilihan lain dan terpaksa menukar makanannya disebabkan masalah kesihatan atau lain-lain sebab. Jika anda terpaksa menukar makanannya, lakukan dengan beransur-ansur dan tidak secara mendadak.

 

10. Bentuk Dan Tekstur Makanan

Kucing juga sangat peka dengan bentuk dan tekstur makanan yang dikunyahnya. Ada kucing yang gemar makanan berbentuk bulat, ada yang suka makanan bersaiz kecil, ada yang suka makanan bersaiz besar dan lain-lain lagi. Jika ia tidak menggemari sesuatu bentuk dan tekstur makanan yang diberikan, ia tidak akan berselera untuk makan makanan tersebut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!