Kucing Ini Hilang Dari Rumah, Tetapi Berjaya Cari Jalan Ke Tempat Kelahirannya Sejauh 34 Kilometer Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Hilang Dari Rumah, Tetapi Berjaya Cari Jalan Ke Tempat Kelahirannya Sejauh 34 Kilometer

Share
Kucing Cupid

Seekor kucing berusia dua tahun yang hilang dari rumah muncul di sebuah kampung tempat kelahirannya yang terletak 38 kilometer dari rumahnya.

Kucing yang bernama Cupid itu ditemui di Odstock, berdekatan Salisbury di Wiltshire, England selepas hilang sejurus Krismas dari rumahnya yang terletak di Bournemouth.

Amy Osborne, yang menjumpai kucing itu, berkata: “Ia tinggal dua tingkat dari saya, dua tahun lalu – saya tidak tahu bahawa ia adalah anak kucing yang sama.”

Pemiliknya, India Redman, mengatakan bahawa dia “tergamam” apabila mengetahui perkara itu.

“Ia lebih pintar daripada yang dilihat – sungguh tak masuk akal bagaimana dia kembali boleh kembali (ke tempat kelahirannya),” tambah Redman.

“Saya berasa gembira ia dapat pulang.”

Osborne berupaya menemukan kembali Cupid dengan keluarganya setelah menyebarkan tentang penemuan kucing itu di media sosial.

“Redman sangat terkejut kerana ternyata kucing itu adalah Cupid,” tambahnya.

“Dalam banyak-banyak tempat, sangat mengagumkan ia boleh kembali ke tempat asal ia dilahirkan – itu pasti salah satu nalurinya.”

Pakar tingkah laku kucing, aku Nicky Trevorrow berkata: “Adalah biasa bagi kucing untuk pulang dalam jarak beberapa kilometer tetapi perjalanan Cupid adalah cukup luar biasa.

Sumber: BBC

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!