Kucing Ini Ditinggalkan Kerana 'Tidak Normal', Kini Bertemu Keluarga Baru Dan Popular Di Media Sosial - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Ditinggalkan Kerana ‘Tidak Normal’, Kini Bertemu Keluarga Baru Dan Popular Di Media Sosial

Share

Seekor kucing yang telah ditinggalkan oleh pemilik asalnya kerana dilahirkan ‘tidak normal’ telah menjadi bintang media sosial.

Sansa, seekor kucing putih berusia enam tahun dari New York, dilahirkan dengan kondisi yang dipanggil heterochromia yang menyebabkannya mempunyai dua warna mata yang berbeza – satu biru dan satu hijau – dan juga memiliki jari kaki tambahan.

Tetapi kucing tersebut, yang mempunyai enam jari di setiap kaki depan, lima dan empat masing-masing di kaki belakangnya, telah ditemui oleh penyelamat haiwan di New York awal tahun ini.

Sejak itu, Sansa telah meraih 200,000 peminat di media sosial dan telah bertemu keluarga baru.

Pemilik barunya, yang hanya ingin dikenali sebagai Karen, berkata: “Ramai orang telah menyatakan betapa mereka menyukai keunikan Sansa dengan warna mata yang berbeza dan jari kaki ekstra.”

Pencinta haiwan berusia 33 tahun itu berkata bahawa dia tidak berniat untuk membela Sansa kerana keunikannya, tetapi dia ingin menyelamatkannya dari terkurung di dalam sangkar dan hidup sebagai kucing dengan masalah ketakutan setelah dibuang oleh pemilik sebelumnya.

“Saya dan suami bertemu Sansa di sebuah acara adopsi kucing di New York. Walaupun terdapat banyak kucing yang comel dan ramah di acara tersebut, mata saya tertumpu kepada sangkar Sansa.

“Sangkar kelihatan kosong dan terdapat tanda yang mengatakan kucing di dalamnya menderita masalah ketakutan serta telah diabaikan dan akhirnya dibuang oleh pemiliknya sebelumnya.

“Ternyata sangkarnya itu tidak kosong – ia bersembunyi di bawah katil kucing! Saya dapat merasakan terdapat ikatan dengannya serta merta kerana saya sendiri mengalami masalah kegelisahan, dan saya tahu bahawa saya mahukan ia menjadi sebahagian daripada keluarga kami sebelum saya melihat dia lagi.

“Saya agak terkejut apabila menyedari bahawa ia mempunyai mata yang berlainan warna dan jari kaki tambahan,” jelas Karen.

Menurut Karen, Sansa memerlukan masa yang agak lama untuk mempercayai dirinya dan menyesuaikan diri di dalam rumah baru.

Sansa sentiasa bersembunyi di belakang televisyen setiap kali pintu dibuka dan hanya keluar untuk makan.

Setelah pemeriksaan oleh doktor haiwan, Sansa kemudiannya didiagnos menghidap Feline Hyperesthesia Disorder, sejenis penyakit kegelisahan/ketakutan.

Tambah Karen, kini Sansa telah selesa di rumah barunya dan hidup seperti seorang permaisuri.

“Ratu Sansa akan membangunkan kami pada pukul 6 pagi setiap hari untuk memberitahu bahawa ia lapar, dan jika kami tidak bangun tepat pada waktunya, ia terus menjatuhkan barang satu demi satu dari atas meja.

“Ia tahu apa yang perlu dilakukan olehnya untuk mendapatkan apa yang dikehendaki,” kata Karen.

“Saya membuat akaun Instagram @sansa.thecat untuknya kerana saya ingin mendokumentasikan perjalanan merawat kucing yang mempunyai ketakutan, dan yang berbeza secara genetik.

“Keistimewaan yang dimiliki Sansa menjadikannya mudah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai untuk membantu dan membela kucing berkeperluan khas.”

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!