Kucing Ini Hanya Mahu Bermain Jika Anda Berinya Wang, Dan Wang Tersebut Disumbangkan Kepada Homeless Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Hanya Mahu Bermain Jika Anda Berinya Wang, Dan Wang Tersebut Disumbangkan Kepada Homeless

Share

Membela kucing bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggi untuk melayan kerenah mereka, tetapi juga wang bagi membeli segala keperluan yang terbaik buat si bulus.

Tetapi mungkin tidak jika kucing anda mempunyai kemahiran seperti Sir Whines-A-Lot, atau nama popularnya Cashnip, yang pandai mencari wang untuk menyara hidupnya sendiri.

Cashnip tinggal di sebuah firma pemasaran, GuRuStu, yang terletak di Tulsa, Oklahoma.

Kisahnya bermula apabila pengasas firma berkenaan, Stuart McDaniel, tiba di tempat kerja dan mendapati terdapat beberapa keping wang kertas bertaburan di depan pintu pejabat, di mana tempat Cashnip selalu melepak.

“Perkara tersebut kerap berlaku, tetapi kami tidak tahu mengapa. Jadi kami mengambil keputusan untuk mencuba satu teori,” katanya kepada The Dodo.

“Kami cuba memasukkan wang kertas di celahan pintu, dan ia terus menerpa dan mengambilnya.”

Stuart membuat andaian bahawa Cashnip telah menggalakkan pejalan kaki untuk bermain dengannya melalui pintu, dan mereka menjadi wang sebagai alat untuk bermain dengannya.

The strangest thing has been happening at the office on weekends. When we show up on Saturday mornings and sometimes even on Sunday afternoons, we find a couple dollars on the floor near the door. Now we knew no one was paying their invoice in singles, but we just couldn't figure it out. Well at least not until we decided to test a theory on our little #CashnipKitty. Apparently he's quite the hustler, playing all the late night partiers traveling by foot on 3rd, Friday and Saturday nights.

Posted by CASHnip Kitty on Isnin, 28 Ogos 2017

“Saya rasa orang pertama yang bermain dengannya tidak berniat pun untuk memberinya wang,

“Mereka mungkin memasukkan wang untuk bermain-main dengannya, dan dia merampas wang tersebut.

“Apabila anda meletakkan wang di celahan pintu, ia pada mulanya akan mencakar-cakar, tetapi secara tiba-tiba ia menggigitnya dan menariknya dari tangan anda.

“Ia melakukannya dengan sangat pantas sehingga anda tidak menyedarinya,” kata Stuart.

Cashnip sebelum ini menggunakan nama Sir Whines-A-Lot kerana ia sentiasa merungut tetapi selepas kejadian tersebut, mereka memanggilnya Cashnip.

Cashnip mula dibela di firma berkenaan sejak ia masih anak kucing pada 2015 dan sudah melakukan tugasan merampas wang orang ramai sejak 2017.

Hari demi hari berlalu dan Cashnip berjaya mengumpul lebih banyak wang.

Selain daripada mengumpul wang melalui celahan pintu, orang ramai turut menyumbangkan wang melalui kad yang dihantar oleh orang ramai ke firma tersebut.

Stuart mengambil keputusan untuk menyalurkan wang yang dikumpul oleh Cashnip kepada badan kebajikan homeless di bandar tersebut menggunakan nama CASHnip Kitty.

“Ia adalah seekor kucing homeless sebelum ini, jadi ia seperti ada kaitan,” kata Stuart.

Cashnip mempunyai laman Facebooknya sendiri yang memiliki lebih daripada 23,000 pengikut dan juga laman sesawangnya yang dikendalikan oleh firma berkenaan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!