Kucing Ini Patah Hati Setelah Kematian Anak, Kehadiran Anak Anjing Menyusu Ceriakan Kembali Hidupnya - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Kucing Ini Patah Hati Setelah Kematian Anak, Kehadiran Anak Anjing Menyusu Ceriakan Kembali Hidupnya

Share

Kehilangan anak adalah sesuatu perkara yang amat menyakitkan dan menyedihkan, terutama jika anak itu masih kecil.

Kucing yang kehilangan anak boleh menjadi murung dan stres sehingga ada kalanya ia boleh menjejaskan kesihatannya.

Lebih teruk lagi, ada yang begitu sedih meratapi pemergian anaknya sehingga ia boleh menyebabkan kematian kucing itu.

Sebuah pusat perlindungan haiwan, Langebaan Animal Care berkongsi kisah bagaimana seekor kucing yang bernama Katryn yang patah hati setelah ia kehilangan anak-anaknya, menjadi ceria setelah menjadi ‘ibu susuan’ kepada sekumpulan anak anjing.

“Katryn tiba di sini (pusat perlindungan) setelah ditinggalkan. Ia baru sahaja melahirkan anak tetapi kehilangan mereka.

“Perkara tersebut sangat mengganggunya. Ia kerap menangis. Ia sentiasa mahukan perhatian. Ia mahukan sentuhan anda ketika ia tidur. Ianya amat menyedihkan,” kata pekerja di pusat perlindungan berkenaan.

Tambahnya, perkara itu berubah sejak kehadiran anak-anak anjing terbiar berusia 3 minggu yang tiba di pusat perlindungan tersebut.

“Kami sedar mereka masih kecil dan perlukan susu.

“Katryn kemudian mula mengiau berdekatan mereka, berjalan dan mengerumuni mereka. Dan ia mula menjilat mereka.

“Sehinggalah mereka mula menyusu dengannya. Itu adalah kali pertama Katryn berhenti menangis.

“Sejak ia berjumpa anak-anak anjing tersebut, keadaannya menjadi lebih baik!”

[Sumber: The Dodo]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!