Kucing Ini Popular Kerana Tidak Gemarkan Sayur Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Kucing Ini Popular Kerana Tidak Gemarkan Sayur

Share

Bagi pengguna media sosial terutamanya Twitter, Instagram dan Facebook, atau penggemar meme, anda pastinya pernah melihat gambar ini. Gambar ini telah menjadi viral hasil daripada kreativiti netizen yang mengolahnya menjadi meme yang mencuit hati.

Pasti anda tertanya-tanya siapakah sebenarnya kucing yang telah berjaya menjadi sensasi internet dengan hanya satu gambar ini? Apakah kisah di sebalik gambar yang lucu tersebut?

Kucing popular ini bernama Smudge dan tinggal bersama wanita berusia 24 tahun, Miranda di Kanada.

Semuanya bermula sekitar Mei lalu apabila seorang pengguna Twitter dengan twithandle @MISSINGEGIRL tweet gambar Smudge bersebelahan dengan gambar Taylor Armstrong dari rancangan realiti “The Real Housewives of Beverly Hills” yang memaparkan seolah-olah Taylor sedang menuding jari ke arah Smudge sambil menjerit ke arahnya dengan kapsyen “These photos together is making me lose it”. Tweet tersebut berjaya mengumpul 78,900 retweet dan 276,800 like dalam tempoh dua bulan.

Selepas itu, gambar tersebut mula dijadikan meme oleh orang ramai yang meletakkan kapsyen lucu menyebabkan ia terus menjadi salah satu meme yang paling popular di internet.

Hasil daripada itu, pemilik Smudge terus membuka akaun Instagram buat kucingnya itu dengan username @smudge_lord dan setakat artikel ini ditulis, akaun tersebut mempunyai 706,000 pengikut!

Jika anda mengikutinya di Instagram, anda dapat melihat bahawa Smudge sebenarnya adalah seekor kucing yang sangat comel dan menawan.

Menurut Miranda, yang dipetik daripada boredpanda, Smudge mempunyai kerusinya sendiri di meja makan dan ia akan duduk di kerusi orang lain jika kerusinya tidak disediakan.

“Gambar tersebut adalah ketika dia duduk di kerusi orang lain, saya rasa ia tidak suka apa yang kami makan ketika itu!” ujarnya berseloroh.

Tambah Miranda, Smudge sebenarnya adalah seekor kucing yang pemalu, tetapi akan menjadi mesra dan manja jika sudah biasa dengan seseorang.

Mengenai populariti kucingnya itu, Miranda berkata, “Saya pasti Smudge sangat sukakannya jika ia mengetahui tentang semua ini.”

Berikut adalah antara meme Smudge yang lucu buat anda semua pembaca HaiMeow

Tags:
error: Content is protected !!