Kucing 'Kantoi' Ikut Tuan Bercuti Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing ‘Kantoi’ Ikut Tuan Bercuti

Share

Segala perancangan Nick dan Voirrey Coole untuk menyambut hari jadi ke-40 Nick di New York seakan-akan berjalan lancar, sehinggalah kucing mereka, Candy, memutuskan ia tidak akan membenarkan pemiliknya itu pergi bercuti tanpanya.

Pasangan tersebut cemas apabila bagasi yang mereka bawa tidak dilepaskan oleh pihak keselamatan kerana mempunyai ‘barang’ yang tidak dibenarkan.

Mereka kemudiannya dipanggil masuk ke dalam bilik soal siasat dan diberitahu bahawa terdapat seekor kucing di dalam bagasi mereka.

Pasangan itu bagaimanapun tidak didakwa atas ‘cubaan menyeludup’ kucing mereka tersebut. Mereka terus menghubungi bapa Voirrey, Barry, yang kemudiannya datang ke lapangan terbang untuk mengambil Candy.

Nick dan Voirrey mempunyai tiga ekor kucing dan salah seekornya ialah Candy yang suka masuk ke dalam bag atau kotak.

“Bagasi tangan kami tidak mempunyai begitu banyak barang di dalamnya kerana kami inginkan ruang untuk barang cenderahati, tetapi Candy mempunyai idea yang lain.

“Ia mesti memasuki beg tersebut secara senyap-senyap sebelum kami bergerak ke lapangan terbang, tetapi kami tidak perasan atau dengar suaranya sepanjang perjalanan ke sini.

Tambahnya lagi, dia dan isterinya tidak mengesyaki apa apa yang ganjil dengan bagasi itu dan terus meletakkan bagasi itu untuk pemeriksaan. Pihak keselematan merasa pelik dan terus bertanya tentang bagasi tersebut kepada kami.

“Kami bertanya sesama sendiri tentang apa agaknya isi di dalam bagasi kami yang menyebabkan ia ditahan. Isteri saya sendiri bertanya kepada mereka: “Ianya bukan kucing kan?”

“Selepas mereka memberitahu kami ia adalah kucing, kami amat terkejut dan risau kerana saya tidak tahu tindakan undang-undang terhadap perkara ini.

“Nasib baik kakitangan di situ sangat membantu. Ayah saya, Barry, datang mengambil Candy dan kami sempat menaiki kapal terbang kami,” kata Nick.

Tags:

You Might also Like

error: Content is protected !!