Kucing Ini Setia Lawat Kubur Tuannya Setiap Pagi Sejak Dua Tahun Lalu - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Setia Lawat Kubur Tuannya Setiap Pagi Sejak Dua Tahun Lalu

Share

Kisah seekor kucing yang setia melawat kubur tuannya setiap hari yang diceritakan oleh seorang seorang wanita telah menyentuh hati warga internet.

Wanita tersebut, Hazlynn Nozi, yang juga anak kepada si mati berkongsi kisah tersebut melalui grup Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group).

Menurut Hazlynn Nozi, kucing jantan yang diberi nama Nana itu akan melawat kubur ayahnya setiap hari semenjak pemergian ayahnya dua tahun lalu sehingga hari ini.

“Dua tahun lebih pemergian arwah Abah, masih setia. Dari tanah kubur merah dan basah sehingga hari ini. Al-fatihah buat arwah Abah,” tulis Hazlynn.

“Setiap kali ziarah Abah, Nana mesti ada. Tiap-tiap pagi Nana balik rumah mesti kaki basah kena embun, baru balik dari kubur Abah,” sambungnya lagi.

Hazlynn memberitahu Malay Mail bahawa Nana sangat manja dan rapat dengan ayahnya ketika ayahnya masih hidup.

“Nana sentiasa mengikut ayah ke surau dan menunggunya habis solat sebelum pulang bersama ayah ke rumah.

“Nana sangat rapat dengan ayah berbanding kucing-kucing lain di rumah,” katanya.

Tambah Hazlynn, selepas ayahnya meninggal dunia dua tahun lalu, Nana pada awalnya tiada selera makan dan kehilangan berat.

“Selepas tiga bulan, ia semakin baik dan mula makan seperti biasa,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Nana akan berkeliaran di kawasan atau tempat kegemaran ayahnya – seperti di buaian atau duduk di kereta lama ayahnya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!