Kucing Ini Setia Menjadi Rakan Pengembaraan Tuannya Dan Ini Mungkin Kucing Paling Adventurous Yang Anda Pernah Lihat - Verst );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Ini Setia Menjadi Rakan Pengembaraan Tuannya Dan Ini Mungkin Kucing Paling Adventurous Yang Anda Pernah Lihat

Share

JJ Yosh tidak pernah terbayang kisah pengembaraannya bakal ditemani seekor kucing berbanding anjing.

Pernah timbul rasa iri hati dalam diri Yosh melihat pendaki lain ditemani haiwan peliharaan mereka, manakala dia melakukan aktiviti tersebut secara bersendirian atau ditemani rakannya.

Pemuda yang tinggal di kawasan pergunungan Colorado itu pernah kehilangan kucing kesayangannya Rookie dan beranggapan dia takkan menjadi cat person sekali lagi.

Kehadiran Simon dalam hidup Yosh pada tahun 2016 membawa perubahan besar terhadapnya.

Siapa sangka Simon seekor kucing gunung kini menjadi teman setia Yosh ketika melakukan aktiviti seperti mendaki, berkayak, berkhemah dan eksplorasi gua.

Tempat terbaik adalah bahu daddy (Sumber: Instagram @jjyosh)

‘Saat paling menarik adalah apabila pendaki lain melintasi kami, pasti mereka akan toleh beberapa kali seperti tidak percaya ada kucing di atas bahu saya’, kata Yosh.

Simon sering menjadi perhatian, ramai yang ingin merakam fotonya dan Simon sangat ‘enjoy’ dengan situasi seperti ini.

Kucing adventurous ini sangat menyukai aktiviti yang dilakukan bersama tuannya, jika tuannya berkayak Simon akan memilih untuk berenang dengan bahagianya.

Kucing hitam berbadan tegap ini juga sangat hebat mendaki batuan-batuan yang agak susah, kalah tuannya sendiri yang sukar melakukan perkara seperti itu.

Selain itu, Simon juga telah merasai road trip lebih 20 jam perjalanan dan mengembara ke beberapa buah negeri untuk melakukan aktiviti mencabar bersama Yosh.

I don’t need a life jacket la daddy, I perenang profesional okay (Sumber: Instagram @backpackingkitty)
Siapa kata kucing takut air? (Sumber: Instagram @backpackingkitty)

Pada awal ‘perkenalan’, mereka tidaklah begitu baik memandangkan Simon belum membina kepercayaan penuh terhadap Yosh.

Pernah suatu hari Simon berlari dan menyorok di luar rumah membuatkan Yosh sukar fokus sewaktu di tempat kerja.

‘Pada awalnya, agak mencabar untuk melatih Simon menyiapkan diri sebelum mendaki kerana kucing ini berlainan dengan anjing yang mempunyai keupayaan lebih baik’, katanya.

Yosh membina kem khas iaitu ‘Kitty Boot Camp’ untuk melatih Simon mendaki, mereka mulakan pendakian dengan jarak dekat terlebih dahulu.

Tak pakai baju sejuk, not a problem (Sumber: Instagram @backpackingkitty)

Yosh melatih Simon mendaki menggunakan harness dan mendengar arahan supaya aktiviti pendakian menjadi lebih mudah.

 ‘Memilih harness yang sesuai untuk Simon juga merupakan satu cabaran pada mulanya’, ujar Yosh.

Pertama kali mendaki Simon tidak dilengkapi dengan harness dan Yosh fikir Simon akan lari, malah sebaliknya yang berlaku.

Simon setia mengikuti langkah Yosh untuk beberapa batu dan kemudian duduk di atas bahu Yosh ketika berasa penat.

I am raw html block.
Click edit button to change this html

‘Cabaran besar apabila membawa peliharaan bersama adalah mereka terdedah kepada ancaman haiwan liar seperti singa, beruang, coyote dan lain-lain’ terang Yosh.

Oleh sebab itu, Yosh memastikan segala kelengkapan di pack seperti air horn dan bear spray bagi melindungi Simon.

Selain itu, Yosh akan bawa sekali litter box mudah alih sekiranya mereka mengembara ke luar negara.

Pengembaraan mereka sangat mencabar dengan halangan-halangan fizikal tapi sangat berbaloi terutamanya apabila kedua-dua mereka menikmati keindahan matahari terbenam bersama-sama.

(Sumber: Instagram @jjyosh)
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!