Kucing Ini Setia Menunggu Ketibaan 'Adiknya' Dari Dalam Perut Sehingga Lahir - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Ini Setia Menunggu Ketibaan ‘Adiknya’ Dari Dalam Perut Sehingga Lahir

Share

Seekor kucing berjaya membuat warga internet terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan kepada ‘adik’ barunya.

Kucing yang bernama Marley itu mula menunjukkan sifat penyayangnya terhadap adiknya itu sejak dia masih berada di dalam perut lagi.

Pemilik Marley berkongsi klip video mengenai perkara tersebut melalui akaun TikTok Marley, @marleytheorphancat. Video tersebut meraih lebih satu juta tontonan dengan rata-rata netizen menyatakan bahawa mereka ‘cair’ dengan sifat penyayang kucing itu.

Marley kelihatan sentiasa baring dan meletakkan kepalanya di perut pemiliknya yang sedang mengandung seperti tidak sabar menanti kelahiran adik barunya.

Apabila bayi tersebut sudah lahir Marley masih melakukan perkara yang sama, cuma kali ini ia meletakkan kepalanya di atas bayi tersebut.

[Sumber: TikTok @marleytheorphancat]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!