Kucing Ini Tarik Perhatian Pengguna Media Sosial Dengan 'Kening'nya Yang Menawan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Kucing Ini Tarik Perhatian Pengguna Media Sosial Dengan ‘Kening’nya Yang Menawan

Share

Seekor kucing Bombay yang berasal dari Nashville, Tennessee menjadi popular di media sosial kerana ‘kening’nya yang unik seperti manusia.

Cornelius Cornbread yang berusia empat tahun mempunyai ‘kening’ tersebut akibat kekurangan bulu di kawasan atas matanya itu.

Menurut pemiliknya, Karen Mellette, kucingnya mempunyai ‘kening’ tersebut sejak dari kecil lagi dan ‘kening’nya itu adalah kulit yang terdedah daripada kawasan yang berbulu hitam tebal di sekitarnya.

“Keningnya ternyata ‘on fleek‘,” kata Karen berseloroh.

Karen mula berkongsi gambar Cornelius di media sosial sejak 2018 dan kucingnya itu kini berjaya mengumpul lebih 8,000 pengikut di Instagramnya, @corneliuscornbreadchronicles.

Orang ramai terpegun dan kagum dengan ‘kening’ Cornelius itu dan memuji rupanya yang ‘sassy‘ itu

Menurut Karen, kucingnya itu mempunyai personaliti yang menarik dan sentiasa mahukan perhatian.

“Seekor kucing yang penyayang, sangat cerdas, sifat ingin tahu yang tinggi, yakin dan sentiasa mahu menjadi perhatian dan sama sekali tidak menagalah jika kemahuannya tidak segera dipenuhi. Sekiranya kami memberi perhatian kepada kucing lain, ia akan mencelah dan meminta perhatian,” kata Karen kepada Bored Panda.

Tambah Karen, Cornelius gemar mengekori keluarganya dan duduk di riba mereka serta suka dipegang dan didukung.

“Kucing Bombay digelar ‘velcro cats’ kerana mereka amat clingy, dan Cornelius juga tidak terkecuali.

“Ia tidak suka ditinggalkan bersendirian atau diabaikan, dan akan menjadi risau jika ia fikir saya akan keluar rumah tanpanya,” kata Karen.

[Gambar: Instagram @corneliuscornbreadchronicles]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!