Kucing Jalanan Bawa Anak-anaknya Jumpa Wanita Yang Pernah Berinya Makan - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Jalanan Bawa Anak-anaknya Jumpa Wanita Yang Pernah Berinya Makan

Avatar
Share

Seorang wanita terkejut apabila melihat kucing yang pernah diberi makan suatu ketika dulu kembali ke halaman rumahnya, kali ini bersama anak-anaknya.

Lisianne pernah memberi makanan kepada si ibu ketika melihat kucing tersebut sedang bermain-main bersendirian di kawasan kebunnya di Quebec, Kanada.

Kucing tersebut menjadi rapat dengan Lisianne hari demi hari dan sentiasa datang untuk bermanja dan mendapatkan makanan.

Mereka menjadi sangat rapat sehinggalah Lisianne memberi nama kepada kucing hitam tersebut, Usagi.

Dia kemudiannya menyedari bahawa saiz kucing itu semakin membesar dan menyangka bahawa dia telah memberi makan secara berlebihan kepada Usagi.

Dia tidak menyangka langsung bahawa Usagi sedang mengandung ketika itu.

[Gambar: Facebook Chatons Orphelins Montréal]

Sebuah kumpulan penyelamat haiwan tempatan, Chatons Orphelins Montréal, menulis satu hantaran di Facebook: “Wanita ini sangat baik hati kerana telah menjaganya, meletakkan makanan dan air untuk menolongnya…

“Dengan rutin tersebut, wanita ini mendapat keyakinannya dan kucing itu mulai mendekatinya.”

Kucing itu akhirnya melahirkan anaknya di kawasan luar dan Lisianne gembira apabila Usagi membawa anak-anak kucingnya yang baru lahir itu ke beranda rumahnya satu persatu.

“Ia membawa enam ekor bayinya kembali dan menetap di rumah wanita ini. Wanita yang baik memutuskan untuk menolong keluarga kecil ini dan memberi mereka sebuah bilik. Ibu dan enam bayinya akhirnya selamat,” tambah Chatons Orphelins Montréal.

[Gambar: Facebook Chatons Orphelins Montréal]

Lima anak kucing ini kini berada dalam jagaan kumpulan penyelamat haiwan tempatan sementara yang seekor daripadanya telah diambil oleh rakan Lisianne.

Mereka semua didapati mempunyai masalah konjungtivitis dan masalah pernafasan tetapi sudah mendapat rawatan yang diperlukan.

“Lima daripada anak-anak kucing itu sama, semuanya berbulu hitam. Tiga ekor daripada mereka adalah betina, Taylor, Tynie dan Tyana, manakala dua jantan, Tales dan Tito,” jelas Chatons Orphelins Montréal.

Lisianne memutuskan untuk membela dan menjaga Usagi dan memastikannya sentiasa selamat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!