Walaupun Lahir Tanpa Dua Kaki Hadapan, Kucing Ini Pandai Berdikari Dan Hidup Gembira Seperti Kucing Lain );

Type to search

Haimeow Cerita

Walaupun Lahir Tanpa Dua Kaki Hadapan, Kucing Ini Pandai Berdikari Dan Hidup Gembira Seperti Kucing Lain

Avatar
Share
Kucing Tanpa Kaki Hadapan

Walaupun lahir tanpa dua kaki bahagian hadapan, kucing ini membuktikan bahawa kekurangannya itu bukanlah penghalang untuknya menjalani hidup bahagia seperti kucing-kucing lain.

Kucing oren yang bernama Joey Roo itu tiba di sebuah pusat perlindungan, Humane Society, di Tucson, Arizona selepas diselamatkan di tepi jalan.

Ia dilahirkan tanpa kaki sejak dari lahir lagi dan pada salah satu kaki hadapannya itu terdapat satu kuku yang terbentuk.

[Gambar: Facebook Joey Roo]

Pemilik Joey Roo, Cortney Adams, mengambilnya untuk adopsi pada Mei 2013. Walaupun kakinya tidak sempurna, itu tidak menjadi masalah bagi Joey untuk berdikari. Joey mampu naik dan turun ke kerusinya dengan sendiri seperti kucing lain. Joey juga mampu bergerak pantas dan lincah tanpa kaki hadapan.

[Gambar: Facebook Joey Roo]
[Gambar: Facebook Joey Roo]

Menurut pemiliknya, Joey amat sukakan perhatian dan suka dibelai serta dimanja. Joey juga tidak takut pada orang dan begitu peramah walaupun dengan orang yang tidak dikenali. Dia bertemu dengan banyak rakan lain dan membantu menjaga haiwan lain yang sepertinya.

“Ianya seperti cinta pandang pertama. Saya membawanya pulang pada hari yang sama,” kata Cortney kepada Love Meow.

[Gambar: Facebook Joey Roo]

Joey juga tiada masalah untuk berdiri menggunakan dua kaki belakangnya dan kelihatan seperti T-Rex.

Joey turut mempunyai page Facebooknya sendiri @joeyrooadventures

[Gambar: Facebook Joey Roo]

“Joey seekor kucing yang banyak cakap dan manja. Ketika kami keluar, saya biasanya akan meletakkan Joey ke dalam kerusi rodanya dan ia suka menegur anjing yang dijumpainya dan berjalan-jalan di laluan,” kata Cortney.

Lihat bagaimana Joey menggunakan kerusi rodanya dalam video di bawah.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!