Kucing Juga Sebenarnya Turut Bermimpi Ketika Tidur, Ini Apa Yang Dimimpikan Olehnya Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Juga Sebenarnya Turut Bermimpi Ketika Tidur, Ini Apa Yang Dimimpikan Olehnya

Share
Kucing Tidur Mimpi

Tahukah anda, kucing menghabiskan kebanyakan waktunya dalam sehari untuk tidur. Secara purata, kucing meluangkan masa kira-kira 15 jam sehari untuk tidur!

Tapi pernahkah anda terfikir sama ada kucing juga turut bermimpi atau tidak?

Sebelum menjawab persoalan ini, kita harus memahami terlebih dahulu tentang fasa tidur yang dipanggil REM sleep, iaitu fasa selepas 90 minit mata terlelap.

Ketika fasa ini, otak akan menerima signal yang rawak, dan signal inilah yang menyebabkan mimpi. Ketika otak cuba menafsirkan signal-signal tersebut, ia akan menciptakan sebuah mimpi.

Jadi bagaimana pula dengan si bulus?

Seorang profesor neurosains Perancis yang pakar dalam hal-hal berkenaan tidur, Michel Jouvet menjelaskan bahawa kucing juga turut mengalami fasa tidur REM.

Beliau membuktikan bahawa pergerakan mata dan keadaan otot yang santai pada kucing ketika tidur menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti fasa tidur REM yang berlaku pada manusia. Dalam erti kata lain, ada aktiviti yang berlaku dalam otak kucing ketika mereka tidur.

Namun apa yang menarik adalah jumlah tidur REM yang dialami oleh kucing berkurangan seiring pertambahan usia. Jouvet menjelaskan bahawa anak kucing cenderung untuk bermimpi lebih banyak daripada kucing dewasa. 

Keadaan itu adalah disebabkan bahawa anak kucing memiliki lebih banyak perkara untuk dipelajari tentang dunia disekitarnya. Ia bermaksud, anak kucing memiliki lebih banyak informasi untuk diproses dalam otaknya.

Selain itu, sebuah kajian di Amerika Serikat menunjukkan bahawa kucing mungkin bermimpi tentang hal-hal yang terjadi dalam kehidupan sehariannya atau di masa lalu. Contohnya, kucing mungkin bermimpi tentang dirinya sedang memanjat sofa, memburu tikus atau bermimpi tentang aktivitinya dengan kucing lain.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!