Kucing Kesayangan Anda Depresi? Ketahui Cara Menanganinya Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Kesayangan Anda Depresi? Ketahui Cara Menanganinya

Share

Kucing juga merupakan mahkluk hidup yang diciptakan tuhan di muka bumi ini. Jadi tidak mustahil bahawa mereka juga mengalami depresi atau stres akibat beberapa faktor.

Selalunya kucing kesayangan anda mengalami stres atau depresi kerana tidur yang berlebihan, pemakanan yang tidak teratur, bulu yang agak kusam dan sering mencari perhatian.

Namun jangan risau, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Setelah anda mengenal pasti tanda dan punca kucing anda mengalami depresi, ikuti cara-cara ini untuk menenangkan mereka dan memberi mereka cahaya baru.

1. Biarkan mereka bebas

Kebiasaanya kucing yang mengalami stres dan depresi adalah mereka tidak mendapat kebebasan yang sepatutnya. Mereka dibiar terkurung di dalam sangkar sehingga menggangu proses kitaran hidup mereka.

Biarkan mereka bebas dan bermain bersama kucing lain. Anda juga diwajibkan bermain sekali dan ada sentiasa bersama mereka untuk memastikan keselamatan kucing anda.

Kucing, Berjuang, Muda, Bermain, Kucing Bayi

2. Sentiasa ada bersama mereka

Kucing merupakan haiwan yang amat manja apabila mereka sudah mempercayai tuan mereka. Jadi mereka akan sering bersama anda ketika anda stres, gelisah ataupun sedih.

Kini giliran anda pula luangkan masa bersama mereka. Main bersama atau bersembang kerana ia mewujudkan komunikasi yang baik agar mereka tidak berasa sunyi dan sepi. Mereka tahu bahawa anda akan sentiasa ada bersama mereka sentiasa.

3. Jaga kebersihan

Seperti manusia, kebersihan haiwan peliharaan juga perlulah di pandang serius. Tidak kira sangkar mereka, tempat makan dan minum serta kawasan rumah anda. Hal ini kerana kawasan yang kotor dan tidak selesa boleh mendatangkan pelbagai penyakit terutama kehadiran kutu di kucing kesayangan anda.

Sphynx, Kucing, Bak Mandi, Bebek Karet, Ember, Berbulu

Pastikan mereka mandi dan sentiasa dalam keadaan yang bersih. Pastikan bulu-bulu mereka bersih dari hinggapan kutu. Mereka akan merasa tidak nyaman dan sering menggaru tubuh mereka.

4. Pemakanan

Pemakanan amat penting dalam kehidupan harian mereka. Pastikan mereka mendapat makanan yang seimbang dan tidak menganggu diet makanan mereka. Seperti manusia, kita juga akan merasa bosan apabila dihidangkan makanan yang sama.

Mabuk, Kucing, Kucing Domestik, Anak Kucing, Cat Mata

Begitu juga dengan kucing anda, berikan mereka seminggu atau dua minggu sekali makanan yang agak berkhasiat dan disukai mereka. Jika mereka berhenti makan, tempelkan sedikit makanan kesukaan mereka di hidung. Cara ini dapat membantu mereka menghidu bau makanan tersebut.

Itu antara cara tangani kucing anda yang mengalami stres dan depresi. Pastikan kita sering menjaga mereka kerana itu adalah satu tanggungjawab yang diberikan oleh tuhan kepada kita.

Sumber: DokterHewan

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!