Kucing Lebih Puas Hati Diberi Makan Sekali - Pakar, Ini 5 Sebabnya - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Editor

Kucing Lebih Puas Hati Diberi Makan Sekali – Pakar, Ini 5 Sebabnya

Avatar
Share
Kucing
  • Pemilik kucing mampu mengurangkan risiko penyakit berpunca daripada obesiti.
  • Diet pemakanan kucing peliharaan bergantung kepada rutin pemilik si comel.
  • Kebiasaan kucing diberi makan tiga atau empat kali dalam sehari.

Penyelidikan terbaru mendapati sekiranya kucing diberi makan satu kali sehari berupaya mengawal rasa lapar lebih baik berbanding memberi makanan beberapa kali.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Kajian ini pasti menghiburkan pemilik si comel kerana rata-rata sedar bahawa kucing adalah haiwan peliharaan yang kuat makan.

Lagi-lagi kalau ‘dibelanja’ makanan basah kegemarannya. Berapa kali diisi bekas makanan pasti habis licin. 

kucing
Kucing seekor haiwan peliharaan yang mempunyai selera makan yang tinggi

Secara amnya, pemilik akan menyediakan makanan sebanyak tiga ke empat kali sehari dalam kuantiti sederhana.

Rutin tersebut sudah menjadi kebiasaan atau sebati bagi pemilik si comel di rumah.

Tambah pula dengan perangai kucing anda yang gemar menunggu di tepi bekas makanan, mengeluarkan bunyi meow, meow sambil menunjukkan riak muka sedih.

Seolah-olah langsung tidak diberikan makan dan dibiarkan kelaparan. Hakikatnya anda baru sahaja memberi makan beberapa jam sebelum itu.

Pantau Rutin Makan

Lama-kelamaan akan menyebabkan kucing sudah biasa dimanjakan dengan makanan lalu mengundang penyakit berpunca daripada diet pemakanan tidak seimbang.

Pakar pemakanan haiwan di New University of Guelph mendapati kucing yang diberi makan satu kali sehari mengikut kuantiti maksima mampu memberi kepuasan kepada kucing.

kucing
Kucing jalanan atau terbiar makan bila mendapat simpati sekelilingnya

Pemilik juga dapat melatih si comel untuk tidak dimanjakan dengan ‘mengemis’ makanan dengan menggunakan pendekatan simpati atau kasihan.

Kajian turut menunjukkan bahawa mengurangkan kekerapan beri makanan dapat membantu mengurangkan risiko obesiti.

Obesiti Masalah Utama

Ia memandangkan masalah kegemukan merupakan masalah kesihatan yang membelenggu kucing peliharaan berbanding si comel jalanan.

Makan sekali sehari merupakan cara kucing liar seperti harimau dan singa. Kadang-kadang, cara ini juga dipraktikkan kucing jalanan demi ‘survive’.

Corak pemakanan mereka cukup terkawal; buru cari makanan, nikmati hasil buruan dan berehat sepanjang hari selepas kekenyangan.

Itulah rutin kebiasaan kalau diperhatikan secara pengamatan mata kasar atau melihat rancangan Nat Geo Wild.


“Penemuan penyelidikan ini mungkin mengejutkan komuniti veterinar dan banyak pemilik kucing yang sering diberitahu haiwan mereka memerlukan diet makan secara kerap sehari” – Prof. Adronie Verbrugghe, pakar nutrisi haiwan.


kucing
Corak pemakanan kucing liar lebih terkawal

Pendek kata, beri kucing peliharaan makan satu kali sehari dalam kuantiti maksima (bergantung bekas makanan) berupaya mengawal kesihatan si comel secara menyeluruh.

Kelebihan Beri Makan Sekali Sehari

  1. Memiliki tahap hormon selera makan yang lebih baik serta memberi kepuasan untuk hidangan pertama yang banyak.
  2. Kadar pernafasan semasa tempoh tanpa makanan adalah rendah.
  3. Menyumbang kepada berat badan yang sihat & ideal.
  4. Mengalami peningkatan asid amino dalam darah yang menyumbang kepada lebih banyak protein untuk membina otot & mengurangkan risiko kehilangan jisim otot.
  5. Dapat mengurangkan risiko Sarcopenia menjelang usia lanjut kucing.

Sekiranya anda terlepas, baru-baru ini AirAsia menghubungkan Kuching & Langkawi dengan penerbangan tiga kali seminggu – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!