Wanita Ini Cari Kucingnya Tengah Malam Nak Panggil Balik, Tapi Terjumpa Tengah 'Lepak' Dengan Lembaga Misteri );

Type to search

Haimeow Cerita

Wanita Ini Cari Kucingnya Tengah Malam Nak Panggil Balik, Tapi Terjumpa Tengah ‘Lepak’ Dengan Lembaga Misteri

Share
Kucing

Sebuah video seram tular di media sosial menunjukkan seorang wanita terserempak dengan lembaga berambut panjang di tengah-tengah malam apabila keluar mencari si comel peliharaannya.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Diana berkongsi video ‘misteri’ itu di akaun TikToknya, @dianaonly_909

Menurut pemiliknya, dia keluar sekitar halaman rumahnya pada jam 1 pagi untuk mencari dua ekor kucingnya yang masih tidak pulang.

Setelah menjumpai seekor daripadanya di bahagian halaman rumah, dia terus mencari seekor lagi tetapi dia menyedari kucingnya tidak berada dalam halaman rumahnya.

Ketika itulah dia tiba-tiba ternampak kelibat kucingnya sedang duduk di atas jalan raya di luar rumah, namun si comel itu tidak bersendirian.

Kelihatan sebuah lembaga berambut panjang dan berpakaian putih sedang duduk bersebelahan si comel peliharaannya itu.

Anda boleh lihat pendamping ‘misteri’ dalam video di bawah:

@dianaonly_909

Reply to @rodeopurba full video dari first xdak cut2 ok..dup dap dup dap jantung bila tgk blk.#fypシ #atmix #takmentionsapapun #foryoupage

♬ original sound - ☘️🅳🅸🅰🅽🅰🍀
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!