Kucing Liar Pecah Masuk Zoo Dan Menjadi ‘Housemate’ Seekor Lynx Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kucing Liar Pecah Masuk Zoo Dan Menjadi ‘Housemate’ Seekor Lynx

Share

Kucing liar akan sentiasa mencari tempat untuk makan dan perlindungan. Apabila mereka telah jumpa tempat yang sesuai dan selamat, mereka akan duduk di situ dan menjadi sebagai rumah mereka.

Tetapi siapa sangka kucing liar ini akhirnya menjadikan tempat di zoo ini sebagai rumahnya, siap mempunyai ‘housemate’ seekor Lynx.

Source: Love Meow

Kejadian berlaku di St. Petersburg Zoo, kucing liar tersebut sedang mencari makanan sehinggakan perasan masih terdapat lebihan daging di mangkuk Lnyx tersebut. Lalu ia masuk dan makan makanan itu.

Secara semulajadi, kita akan fikir bahawa kucing itu akan menjadi ‘lauk’ untuk Lnyx tersebut. Namun lain yang jadi apabila mereka telah membina sebuah hubungan yang tiada siapa yang sangka. Lnyx tersebut langsung tidak menghalau kucing itu, malah dia berkongsi makanan dengan kenalan barunya.

Source: Time

Oleh kerana kemesraan yang ditunjukkan oleh Lynx tersebut, kucing tersebut akan sentiasa datang kembali ke ‘rumah’ kawannya untuk makan. Lama-kelamaan hubungan mereka menjadi semakin rapat sehinggakan kedua-duanya tidak dapar dipisahkan.

Oleh kerana hubungan mereka yang teramat rapat, staf di zoo tersebut membiarkan sahaja mereka hidup bersama di dalam zoo. Kini Dusia (kucing liar) hidup bersama kawannya yang merupakan seekot Lynx di dalam zoo tersebut.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!